Menurut Faiezah Ahmad Fauzi, dia tidak memiliki ramai kawan Melayu selain pelajarnya sendiri, sebaliknya hanya berkawan dengan ahli keluarga dan rakan berbangsa Cina sejak kecil.
Dia yang mesra disapa Cikgu Zazah mula belajar bahasa Mandarin sejak berumur tiga tahun di sebuah sekolah tadika Cina sebelum menamatkan pengajian dari tingkatan satu hingga tingkatan enam di sebuah sekolah swasta Cina.
Komunikasi Antarabangsa title=Mari Belajar Bahasa Mandarin. style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT16HpR_FUKQXVf1KeUHnrcnK59N7s4fD4ebWtGBKox2p3TQqa6h5RbEJjA_aO6HdUN3no&usqp=CAU'; />
Cikgu Zazah yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Skudai, Johor berkata, dia sudah terbiasa sejak dari kecil berkawan dengan individu berbangsa Cina.
Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Gelombang Kebangkitan Bahasa Inggeris
Tujuan ayah menghantar saya bersekolah di situ sejak kecil supaya saya memiliki peluang besar dalam berurusan dengan orang Cina dalam bidang bisnes.
Bercerita lanjut, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, tamat persekolahan dia kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kampar, Perak dalam jurusan Psikologi dan di situ juga memiliki hampir 90 peratus kawan berbangsa Cina.
Mengimbau kembali zaman persekolahannya, Cikgu Zazah bersyukur apabila dikelilingi rakan yang baik dan tidak pernah menyisihkan kehadirannya walaupun pada asalnya agak sukar untuk menyesuaikan diri kerana perbezaan agama dan budaya.
Pdf) Kerancuan Bahasa: Cabaran Dalam Pendidikan Negara Dan Pembinaan Negara Bangsa
Mereka ni kita kena beritahu kalau tidak mereka tak akan tahu. Contohnya saya cakap agama saya melarang makan babi atau minum arak baru mereka faham, jelasnya.
Cikgu Zazah, bagaimanapun mengakui tidak terlepas daripada kata-kata negatif daripada segelintir orang sekeliling, namun hal itu tidak pernah membuatkan dia patah semangat dan mengabaikan sahaja perkara tersebut.
Mula-mula mengajar tu agak tertekan sebab saya tak minat mengajar tetapi bila tengok keputusan pelajar semakin baik, dari gred F ke C, B boleh jadi A, saya terus jadi lagi semangat nak teruskan mengajar.
Pelanggan Hampir Menang Cabaran, Pemilik Restoran Terus Ubah Fikiran... Minta Muntahkan Semula Ayam 2 Dulang
Ternyata usahanya sebagai pendidik tidak terhenti di situ sahaja apabila telah ditaja oleh sebuah pusat kebudayaan untuk menjalani kursus latihan mengajar bahasa Mandarin di China.
Kini dia bersama suaminya, Badrun Nidzam Mohamed Derapar, 36, yang merupakan graduan sebuah universiti di Mesir membuka pusat tuisyen mereka sendiri di mana suaminya mengajar mengaji dan ilmu agama manakala dia sebagai guru mengajar Mandarin.
Buat masa sekarang dia mengadakan kelas online asas secara percuma di live Facebook, Instagram dan TikTok secara serentak kepada mereka yang ingin mempelajarinya.
Datang Dari China Demi Belajar Bahasa Melayu
Pelajar saya banyak dari bangsa Cina yang nak belajar bahasa Melayu. Mereka akan ajukan soalan-soalan atau perkataan yang mereka tak tahu sebut Melayunya untuk saya terangkan semasa buat live, kata Cikgu Zazah.
Bercerita lanjut Cikgu Zazah berkata antara budaya yang menjadi ikutan selama berkawan dengan rakan Cina adalah disiplin mereka dengan masa dan juga dari segi kewangan.
Selain belajar di sekolah, Cikgu Zazah berkata dia lebih gemar menonton drama atau filem Cina di televisyen kerana mendapat akses siaran di Singapura kerana dia menetap bersama keluarga di Johor.
Sifu Global [metrotv]
Selain menjadi guru bahasa secara online, Cikgu Zazah juga merupakan pensyarah sepenuh masa di sebuah institut di Johor yang mengajar subjek Mandarin.
Sampai satu tahap tu, ada yang hantar gambar bukan-bukan dekat saya. Kadang-kadang saya tak tahan kena tegur masa live, saya ambil keputusan block sahaja orang yang tiada adab, keluhnya.
Niat baik yang disalah erti tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mengajar kerana dia mahu setiap individu dalam masyarakat berkawan dengan semua kaum.

Bahasa Melayu Cabaran Kepada Guru Sjkc
Pelajarnya sendiri semakin berkembang di media sosial di mana dia kini memiliki jumlah pengikut yang ramai dan setia dengan sesi live yang diadakan setiap hari.
Dengan menekan butang mendaftar, anda kini bersetuju dengan peraturan dan terma Anda juga bersetuju dengan kesemua syarat dan terma di dalam Pernyataan Privasi termasuk Terma Penggunaan di laman ini. Sila ambil masa untuk baca dokumen Pernyataan Privasi sekiranya anda belum melakukannya. kami.
Mulut anak kena tekup dalam foto nikah Fizi Ali, Shakilla Khoriri ada peringatan buat bekas suami - “Kalau Ameena disakiti berdepan dengan saya!”
Komentar