Faham Meaning in Islam Pengertian dan Kepentingan Dalam Konteks Agama

2) Nas syara' dibezakan diantara Muamalat (interaksi sesama manusia) dan Ibadat (ibadah dan amalan khas kepada Allah SWT). Segala urusan Muamalat adalah harus dan selagi tiada dalil yang melarangannya (mengharamkannya) dan segala urusan ibadat adalah haram sehingga terdapat dalil yang membenarkannya.

B) Usul al-Fiqh - methodology yang digunakan untuk kaedah mengeluarkan hukum dari nas syara' oleh para ulama mujtahid (lain mazhab lain methodology)

A) Fiqh al-Nusus - Ilmu feqah nas-nas syara' untuk mengetahui mana satu nas yang tsawabit (tetap - qati') dan mutaghaiyirat (berubah - zanni) bagi menentukan sesuatu maslahah kepada manusia samada segera atau kemudian. (contoh spt ayat muhkam dan ayat mutasyabihat, hukum takrifi dan hukum wadhi dalam nas syara')

Al Qods: Past, Present And Future

B) Fiqh al-Waqi’ - Ilmu feqah realiti atau semasa untuk memahami sesuatu yang menggelisahkan atau menyusahkan umat Islam yang berhubungan erat dengan kepentingan-kepentingan mereka seperti kemaslahatan masyarakat (sosiologi), politik pentadbiran negara, ekonomik, pertahanan negara dari musuh (tentera) dan apa saja yang dapat memberi manfaat kepada umat Islam, serta mendekatkan mereka untuk kembali kepada kehormatan dan kemuliaan mereka sebagai seorang Muslim.

C) Fiqh Maalat - Ilmu feqah kesan atau akibat dari sesuatu amalan atau perbuatan. Menyedari hakikat tidak mustahil jika wujud perbuatan yang pada awal kelihatan berpandukan syara’ namun untuk jangka masa panjang ia bakal mendatangkan keburukan samada kepada imej islam ataupun muslim itu sendiri. Begitu juga ada perkara yang kelihatan pada awal seperti mengandungi mafsadah (keburukan).

D) Fiqh Aulawiyat - Ilmu feqah keutamaan (priority) untuk mendahulukan kepentingan yang besar dan kekal atas kepentingan yang kecil dan sementara. Mendahulukan yang rajih dari marjuh. Mendahulukan kepentingan jema’ah atas kepentingan pribadi. Mendahulukan perkara yang darurat (daruriyyat) daripada perkara yang diperlukan (hajiyyat), dan mendahulukan perkara yang diperlukan berbanding dengan perkara pelengkap (tahsiniyyat) dll.

Jurnal At Thariq Edisi September 2013 By Stai Sufyan Tsauri

E) Fiqh Muwazanat - Ilmu feqah keseimbangan untuk membuat pertimbangan diantara kebaikan (maslahah) dan mafsadah (keburukan). Choose lesser of the two evil.

F) Fiqh Taghyir - Ilmu feqah perubahan untuk penguasaan terhadap situasi yang berubah seperti perubahan zaman, tempat, individu, dan masyarakat setempat (uruf).

Apabila Allah SWT berkehendak, nescaya dengan mudah Allah SWT menjadikan seluruh agama menjadi satu tanpa adanya perbezaan sedikitpun. Akan tetapi Allah SWT telah jadikan manusia dalam pelbagai bangsa dan puak agar manusia dapat berkenal-kenalan dan hidup bertoleransi dan sepakat secara harmoni dan sejahtera walaupun terdapat perbezaan tabi'at alam dan kehidupan.

Bank Soalan Sejarah)