Alhamdulillah, memang betul orang kata. Benda yang kita fokus, benda itu akan ‘bercambah’ (grow). Apabila saya fokus pada bisnes Insurans / Takaful, insha Allah ianya akan bercambah. Samada dari peningkatan rakan-rakan atau ‘referrals’ mengambil insurans / takaful melalui saya, atau lebih unik lagi – mahu melangkah ke karier sebagai seorang ejen insurans / takaful.
Sebelum ini, saya telah menulis potensi pendapatan dalam industri insurans / takaful, potensi kerjaya, potensi bonus dan tips-tips bagaimana hendak bermula dalam industri ini. Saya menulis sebagai rujukan saya, pada masa akan datang bila saya ada orang bertanya apa yang mereka boleh dapat kalau mempunyai karier dalam industri ini.
Panduan Ringkas Dalam Perlindungan Kewangan title=CARA MEMILIH PERLINDUNGAN INSURANS ATAU TAKAFUL style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT8lI4KzJvSMxyCb0QN2LVVUre-Md0HJEv0Iw-lNX660rOJIy97RyT1p0o0SO_0wwEcMUc&usqp=CAU'; />
Setiap seorang yang ingin menjadi ejen insurans / takaful, anda kena tahu apa agensi yang anda bakal ikut. Setiap agensi, mempunyai struktur yang berbeza, dari segi perjalanan awal, cara pengendalian latihan dan ‘meeting’. Saya kongsikan, ini adalah yang saya lakarkan pada tahun 2013 dan ada perubahan pada struktur 2015.
Steve Vai Live Show Review
Langkah pertama; anda kena dengar dahulu BOP iaitu – Business Opportunity Presentation. Melalui BOP, anda akan faham mengenai perjalanan karier ejen, laluan yang lebih jelas, pemberian komisyen dan bonus dan idea-idea menjadikan karier anda lebih lancar. BOP pula, ada dua iaitu GBOP (grand business opportunity) yang dianjurkan oleh syarikat insurans / takaful atau agensi itu sendiri. Manakala MINI BOP adalah inisiatif dari seseorang yang membawa anda ke dalam industri ini.
Langkah ketiga, anda kena menyiapkan Projek 100 – projek menyenaraikan 100 potensi bakal-bakal klien anda. Bagaimana potensi klien anda? Senang sahaja – sesiapa sahaja yang ada rasa dan lihat, anda mahu menjadi klien anda.
Isu-isu ini akan timbul, seperti saya bila di awal karier. Di sini anda belajar dari orang lain. Bagaimana anda nak belajar? Anda kena hadiri ‘meeting’ dan ‘training’. Meeting adalah bukan seperti mesyuarat di pejabat-pejabat anda, tapi lebih kepada sesi perkongsian apa yang ejen lain sudah buat atau sedang buat. Di sini juga, ejen-ejen lama akan berkongsi tips dan pendapat mereka untuk lebih berjaya dalam industri ini. Di agensi saya, Khalifah Group akan mengadakan ‘meeting’ setiap Selasa malam, dari pukul 8 malam sehingga 10 malam sahaja.

Pampasan Rumah Akibat Banjir
Traning adalah latihan dimana ejen-ejen dilatih melalui penerapan KASH. Knowledge (pengetahuan), Attitude (sikap-sikap), Skill (skil-skil) dan Habit (tabiat). Di sini, kebanyakan pelatih-pelatih akan mengajar ejen baru bagaimana proses jualan polisi insurans / takaful menggunakan ‘THE SALES CYCLE’.
Ejen-ejen baru ada yang berani untuk bersemuka dengan prospek. Ada juga yang gugup. Di sini pendekatan JFW (joint field work), di mana ejen senior akan menemani anda sebagai ejen baru bersama-sama berjumpa dengan prospek. Ada setengah ejen baru, selepas 2-3 sesi JFW sudah selesa bergerak sendiri. Ada juga, sehingga 10 kali baru selesa untuk bergerak sendiri. Normalnya, selepas 5 kali sudah pandai bergerak sendiri.

Selepas anda mempunyai 5 atau 10 klien baru, (terpulang kepada agensi masing-masing), anda ditawarkan untuk didaftarkan sebagai ejen yang rasmi. Kenapa anda kena perlu ada 5 hingga 10 klien?
Adakah Rumah Dua (2) Nama Dikira Sebagai Harta Sepencarian?
Anda akan diberi kontrak bersama syarikat insurans / takaful. Contohnya, jika bersama Khalifah Group anda akan bersama syarikat Prudential. Lihat sahaja, rajah di atas.
Anda akan diberi kontrak bersama syarikat insurans / takaful. Contohnya, jika bersama Khalifah Group anda akan bersama syarikat Prudential. Lihat sahaja, rajah di atas.
Komentar