Saya Faham in Kelantan Memahami Kebudayaan dan Bahasa Negeri Sendiri

Description: Negara kita ini boleh dikatakan agak unik kerana mempunyai pelbagai bahasa dan setiap bahasa itu pula ada dialek-dialeknya. Antara dialek-dialek bahasa Melayu di Malaysia adalah seperti dialek Utara, d ...

Negara kita ini boleh dikatakan agak unik kerana mempunyai pelbagai bahasa dan setiap bahasa itu pula ada dialek-dialeknya. Antara dialek-dialek bahasa Melayu di Malaysia adalah seperti dialek Utara, dialek Kelantan, dialek Terangganu, dialek Perak dan bermacam-macam lagi.

Dialek-dialek tempatan di semenanjung Malaysia ini sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu. Yang uniknya, walaupun berlainan dialek, rakyat negara kita masih saling bersefahaman antara satu sama lain.

Pdf) E Proceeding International Webinar Community Development In Southest Asia 2021

Ibarat pepatah, masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang harimau mengaum. Begitu juga apabila kita masuk ke tempat orang yang mana kita perlu menyesuaikan diri dengan cara dan bahasa orang di situ. Seorang pengguna twitter bernama Areej telah menaikkan status kerana tidak berpuas hati dengan sikap pelayan restoran yang menggunakan dialek Kelantan ketika mengambil pesanannya.

Dia berasa rimas apabila berhadapan dengan orang yang tidak dapat menyesuaikan bahasa di tempat mereka berada atau lebih mudah, menggunakan sahaja dialek Kuala Lumpur yang semua orang faham.

Ramai netizen yang mengecam wanita tersebut kerana diangap tidak boleh bertoleransi dengan masyarakat sekeliling. Jika tidak faham, boleh saja bertanya dan jangan menganggap ia satu isu yang perlu diperbesarkan.

Buletin Jkkn Bil.2/2017

Tetapi, ramai juga netizen yang menyokong apa yang ditulis oleh wanita itu di twitternya. Jika sudah berada di negeri orang, kenalah belajar dan biasakan dengan dialek orang disitu agar tidak timbul salah faham.

Ramai juga netizen yang komen, restoran yang wanita ini pergi mungkin restoran siam yang pemilik dan pekerjanya berasal dari Thailand. Sebab itulah mereka susah hendak bercakap dalam bahasa Melayu dialek KL dan bahasa yang mereka gunakan ala-ala dialek Kelantan.

Apa-apa pun, ia bukanlah satu masalah yang serius dan perlu diperbesarkan. Asalkan dua pihak saling memahami dan boleh bertolak ansur dalam apa jua hal. Jika mereka dapat menghormati bahasa dan dialek masing-masing, itu lebih baik. Apa pendapat kalian? - CARI

Kelantanese: Bahasa Orang Kelantan