Fahaman Jabariah Pengertian Konsep dalam Pemikiran Islam

Kalau kaum Qadariah berfatwa bahawa nasib manusia bergantung 100 peratus pada usahanya sendiri dan Allah tidak campur tangan dalam usahanya itu, sebaliknya kaum Jabariah berfatwa bahawa manusia tidak punya daya, upaya atau ikhtiar untuk menentukan nasibnya dalam kehidupan ini.

Iktikad ini beerti bahawa manusia sebagai makhluk Allah adalah 100 peratus di bawah kuasa Allah. Maka apa jua yan dilakukan oleh manusia dilakukan dengan kudrat dan iradat Allah, hingga dia sendiri tidak bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya kerana Allah yang melakukan segala gerak-gerinya.

JabariahDalam Pemikiran Islam title=Jabariah style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQY34obNMxJYMiE2farcmqgyL942CTpxAT-6lLpo2Qxvkg-XJlOklltnqX0JceeE3dgN1s&usqp=CAU'; />

Iktikad Jabariah dikenal juga dengan panggilan Jahmiah, kerana pengasas mazhab ini bernama Jaham bin Safwan yang hidup dan aktif di khurasan, Iran pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Doc) Qadariah Dan Jabariah

Pada mulanya Jaham sangat aktif memberi ceramah agama, tetapi akhirnya ceramahnya menjurus kepada suatu bentuk iktikad baru yang berlawanan dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.

Mungkin pada mulanya beliau hendak mendedahkan kesalahan iktikad kaum Qadariah tetapi akhirnya fatwa beliau sendiri jadi lebih melampau dan terpesong jauh hingga ada golongan di antara pengikutnya yang percaya diri mereka boleh bersatu dengan Tuhan.

Fahaman inilah yang dipercayai menjadi punca iktikad lain yang dipanggil “Wahdatul wujud.” Dari satu segi iktikad kaum Jabariah hampir sama dengan dasar iktikad Ahli Sunnah Waljamaah, tetapi jadi berbeza kerana mereka menolak adanya usaha, upaya dan ikhtiar manusia selaras dengan Qadak dan Qadar Allah.

Pdf) Konsep Ilmu Dalam Islam

Fatwa Jabariah jadi lebih terpesong bila mereka berpendapat bahawa perbuatan manusia, baik yang salih atau maksiat semuanya dilakukan dengan kuasa dari Allah. Maka orang yang mencuri, berzina dan sebagainya tidak boleh dipersalahkan kerana perbuatan itu didalangi sepenuhnya oleh Allah.

Memang ramai orang jahil tertarik kepada fatwa yang keliru ini hingga termasuk di antara pengikutnya yang ramai itu golongan ahli maksiat dan penjenayah.

Ahli Sunnah Waljamaah beriktikad bahawa memang semuanya dijadikan oleh Allah, tetapi Allah juga melapangkan kepada manusia berusaha dan berikhtiar. Bila manusia berusaha Allah menentukan takdir-Nya bagi usaha manusia itu.

Ilmu Kalam Islam

Konsep ini lebih mudah difahami bila kita bandingkan di antara seorang yang terjatuh dari atas pokok, misalnya ke tanah tanpa menguasai kejatuhannya, dengan orang yang melompat ke tanah dengan kehendak dan ikhtiarnya sendiri.

Orang pertama jatuh secara spontan, tanpa ikhtiar atau kawalan, tetapi orang kedua jatuh juga dengan usaha dan ikhtiarnya sendiri. Akibatnya tentulah berlainan.

Menurut fahaman Ahli Sunnah, yang dihasilkan oleh manusia dengan usaha dan ikhtiarnya adalah pertemuan di antara ikhtiar manusia dan takdir Allah atau pertemuan di antara usaha dengan takdir.

Pdf) Ulumuddin: Jurnal Ilmu Ilmu Keislaman Fahaman Ibn Taimiyah Dan Pengaruhnya Dalam Tradisi Kalam

Ikhtiar dan usaha manusia berperanan sebagai sebab, bukan yang mengadakan atau mencipta sesuatu. Urusan mencipta atau menentukan sesuatu adalah hak tunggal Allah.

Contoh lain yang mudah difahami ialah: Ubat yang dimakan oleh orang sakit untuk menyembuhkan penyakitnya adalah sebagai sebab atau wasilah. Yang benar-benar menyembuhkan penyakit ialah Allah.

Oleh kerana sesuatu hasil itu adalah buah dari pertemuan ikhtiar dan usaha manusia dengan takdir Allah, maka sangat perlu adanya ikhtiar dan usaha.

Makalah Aliran Khalaf Kelompok 9

Andainya fahaman keliru kaum Jabariah dianut oleh manusia mereka tidak perlu menanam padi, sayuran atau buah-buahan, kerana semuanya memerlukan usaha dan ikhtiar. Bahkan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W tidak sampai kepada manusia kerana para nabi dan rasul tidak perlu diutus oleh Allah untuk mendorong manusia beriman dan menyembah-Nya.

Akidah

Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya berusaha dan berjuang untuk menyebarkan syariat Allah kepada manusia. Baginda bertempur di medan perang hingga ramai sahabat dan pengikutnya mati syahid. Sesudah dilakukan semua itu barulah seluruh penduduk Jazirah Arab memeluk agama Islam.

Jika fahaman Jabariah benar tentulah para rasul tidak perlu diutus oleh Allah. Kalau diutus pun mereka tidak perlu berbuat apa-apa kerana Allah sudah menentukan bahawa syariat-Nya akan dianuti oleh penduduk di seluruh bumi Arab, bahkan oleh sejumlah besar manusia di dunia sekarang.

Fk Albaab: Jabariyah Dan Qadariyah Dalam Ilmu Kalam

Selain dari itu adanya alam akhirat kelak dan adanya ganjaran baik dan buruk kepada manusia adalah kerana adanya usaha dan ikhtiar manusia. Manusia dilapangkan jalan untuk memilih sama ada patut akan perintah Allah atau mengkufurinya. Mereka diberi ganjaran berdasarkan pilihan masing-masing.

Allah berfirman pada surah Al-Baqarah ayat 286: “Bagi manusia ada ganjaran berdasarkan apa yang diusahakannya dan mereka akan dihukum berdasarkan apa yang diusahakannya (juga).”

Firman Allah ini bermaksud bahawa manusia akan diberi ganjaran baik di akhirat berdasarkan amalan baiknya selaras dengan kepatuhannya kepada perintah Allah dan akan dihukum dengan azab kalau dia melanggar perintah Allah atau mengkufuri-Nya.

Doc) Konsep Pemikiran Ketuhanan Dari Golongan Jabariyah, Asy'ariyah, Maturidiyah Dan Perkembangan Pemikiran Dalam Masyarakat Dalam Menghadapi Covid 19

Dengan kata lain, kaum Jabariah memisahkan iman dengan amal salih dengan pengertian orang yang sudah beriman tidak perlu mendirikan solat, tidak perlu berpuasa dan berbagai-bagai perintah lain, malah boleh melanggar segala larangan Allah.

Kalau kita meneliti ayat-ayat al-Quran yangmenyebut darihal orang beriman “aamanu” kita akan dapati kalimah itu diikuti dengan amal salih “wa’amilussolihat” Dengan pengertian lain, setiap orang yang beriman hendaklah beramal salih. Amalan salih adalah bukti bahawa mereka benar-benar beriman.

Fahaman

Maka orang yang mengaku beriman tetapi tidak beramal salih biasanya tergolong dalam golongan orang yang berpura-pura beriman. Mereka dipanggil munafik. Dan Allah melaknat orang munafik dan menjanjikan azab yang pedih di akhirat kelak sama seperti orang kafir.

Konsep Politik Islam

(baca surah An-Nisa’ ayat 140-145) Sumber dari kitab ‘Terjemahan Al-Quran’ :- Peringatan :- “(“, dan “)” bertujuan untuk menjelaskan. Namun, boleh difikirkan sendiri dengan ‘akal fikiran yang benar’ jika kamu ingin benar-benar memahaminya. Tetapi, Awas! Jangan sesekali berfikiran terpesong dan menyimpang dari kenyataan Allah dalam Al-Quran.

140 : “Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (Jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.”

141 : “(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu dapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang) dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu) : Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-oran yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)? Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat dan Allah tidak akan sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”

Aliran Teologi Islam Jabariyah Dan Qadariyah

142 : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan berpura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pulatetap membalas tipudaya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang mengingatinya)

143 : “Mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman) dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.”

144 : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?”

Aliran

Sejarah Aliran Jabariyah, Pemikiran, Dan Perbedaan Dengan Qadariyah

145 : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Dalam sejarah perkembangan Islam, imam kaum Jabariah, Jaham bin Safwan itu terbunuh bila dia dan pengikutnya digempur oleh tentera Khalifah bani Umaiyah pada tahun 131 H.

Dia dikatakan pernah belajar dengan salah seorang ulamak kaum Mu’tazilah bernama Ja’ad bin Dirham yang sebelum itu telah dihukum mati oleh Khalifah Bani Umaiyah juga pada tahun 124 H.

Pertumbuhan Dan Pendapat Mazhab Degree

Hari ini jika ada orang Islam berfatwa bahawa beriman sahaja cukup tanpa mengerjakan solat, puasa dan sebagainya, mereka adalah pengikut kaum Jabariah dan terkeluar dari Islam. Wallahua’alam.

AN-NISA', AYAT 79 :-Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).