Dari kiri atas ikut arah jam: Azman Syah Elias, Azhar Idrus, Ebit Liew and Mohd Asri Zainul Abidin, pendakwah yang memiliki berjuta-juta pengikut dalam media sosial.
Populariti pendakwah-pendakwah Islam dalam media sosial dilihat mengancam kaedah yang selama ini digunakan pihak berkuasa agama Malaysia dalam memastikan keseragaman memahami ajaran Islam, menurut satu laporan terbaru mengenai peningkatan trend pendakwah dalam talian oleh sebuah badan pemikir berpusat di Singapura.

Menurut ahli akademik Faizal Musa dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan Institut Pengajian Asia Tenggara-Yusof Ishak (Iseas), sebuah badan penyelidikan berkaitan kerajaan yang memfokuskan tentang pembangunan negara-negara serantau di Asia Tenggara, ramai pendakwah bukan sahaja tidak perlu memenuhi syarat untuk mendapatkan tauliah mengajar agama Islam, tetapi mereka juga memiliki berjuta-juta pengikut di media sosial dan menjadi tempat rujukan mengenai hal agama setiap hari.
Pertembungan Faham Agama Di Malaysia: Wahabi Dan Ahli Sunnah |
Faizal atau nama penanya Faisal Tehrani mengatakan, penggunaan medium dalam talian oleh pendakwah menjadikan sijil tauliah tidak lagi relevan, dengan pihak berkuasa agama mendapati berlaku kesukaran bagi memantau dan mengawal mereka seperti dalam bentuk fizikal.
“Dengan media sosial, sijil tauliah menjadi semakin tidak relevan; kandungan dakwah tidak dikawal sedangkan di tempat-tempat awam mereka perlu mematuhi beberapa kriteria, ” tulis Faisal yang juga merupakan pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sijil pentauliahan merupakan kebenaran yang dikeluarkan oleh majlis agama negeri bertujuan memastikan hanya mereka yang sudah menerima tauliah daripada pihak berkuasa dibenarkan memberi ceramah mengenai ajaran Islam, dan melarang mereka yang tidak diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan negeri.
Pdf) Tahap Pengetahuan Belia Mengenai Gerakan Syiah Melalui Pendidikan Di Selangor
Sejak beberapa tahun, pihak berkuasa menarik balik sijil tauliah yang diberikan kepada beberapa penceramah kerana didapati melanggar beberapa syarat seperti menyentuh mengenai politik, atau membuat sebarang kenyataan sensitif yang boleh menimbulkan kemurkaan dalam kalangan raja-raja Melayu.
Bagaimanapun, pengkritik birokrasi Islam di Malaysia mengatakan pentauliahan tersebut sering digunakan untuk menentukan naratif Islam, bagi menjauhkan mereka yang sering mempersoalkan amalan konservatif diamalkan sejak sekian lama dalam kalangan masyarakat Islam.
Sejak beberapa tahun lalu, pihak berkuasa agama menahan beberapa individu kerana memberikan ceramah di tempat-tempat awam tanpa sijil tauliah termasuk pendakwah terkemuka dalam dan luar negara.
Pdf) Fahaman Wahhabi
Pada 2017, pihak berkuasa agama Kuala Lumpur menahan ilmuan dari Turki yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Mustafa Akyol atas kesalahan “memberi ceramah agama tanpa tauliah”, semasa siri lawatan berdakwah kebebasan bersuara dan Islam.
Faisal berkata, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, pendakwah dari Terengganu Azhar Idrus, aktivis kerja amal Ebit Liew dan selebriti rancangan realiti televisyen PU Azman (Azman Syah Elias), masing-masing mewakili mazhab yang berbeza dan pelbagai.
Kesemua mereka dilihat berjaya menggunakan media sosial seperti YouTube, memberi ceramah seluruh negara yang mana tauliah dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri tidak mampu melakukannya.
Alam Ilmi: September 2008
“Seiring dengan pengaruh yang dimiliki pendakwah-pendakwah ini kepada jutaan pengikut, pelbagai orientasi dan kebersamaan pendakwah ini menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pihak berkuasa agama, ” kata Faisal di mana beliau sendiri mempunyai pengalaman pahit dengan pihak berkuasa agama yang mempengaruhi pihak kerajaan menyebabkan beberapa buah bukunya diharamkan.
Dalam satu soal selidik yang dilakukan dalam kalangan peminat Ebit Liew dan PU Azman, kedua-dua mereka seperti dinyatakan oleh Faisal mewakili pemahaman Islam bertentangan, yang mana difahamkan majoriti daripada responden mengakui pemahaman terhadap Islam berubah selepas mengikuti pendakwah itu.
Faisal mengatakan, PU Azman lebih cenderung kepada fahaman Wahabi, satu aliran Islam yang dilihat sebagai keras dan mempengaruhi kehidupan masyarakat di Arab Saudi sejak berdekad lalu, manakala Liew mewakili versi Islam tradisional dengan pendekatan lebih lembut yang dipengaruhi kumpulan Tablighi Jamaat yang berpusat di India.
Khairi Mohd's Blog, Page 6
Di beberapa negeri, kecenderungan terhadap fahaman Wahabi dan tabligh bermaksud pendakwah tersebut tidak akan mendapat pentauliahan untuk mengajar atau memberikan ceramah agama.

“Oleh itu, seseorang harus bertanya adakah sijil tauliah untuk berdakwah masih relevan ketika ini kerana pendakwah tidak lagi memerlukan ruang fizikal untuk berceramah dan sebaliknya menggunakan akaun YouTube miliknya, ” tulis Faisal.TIADA siapa boleh menafikan wujudnya dua kumpulan besar di kalangan umat Islam di negara 1Malaysia sekarang di antara kumpulan yang memakai baju Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dengan kumpulan ilmuan yang digelar sebagai wahabi kerana berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah.
Nampak seperti ayat di atas itu tidak betul kerana jika seseorang berpegang kepada Al-Quran dan Ahli Sunnah, merekalah ahli sunnah waljamaah tulen, manakala pengamal ASWJ seharusnya tidak mengamalkan sesuatu yang bidaah, maka sepatutnya kedua-dua kumpulan itu berada atas satu kapal nabi Nuh yang sama.
Vocab.txt · Stevenlimcorn/melayubert At Be522cff4a2bf65a839babd232e45414563d1361
Namun, antara satu kumpulan ilmuan atasan di kalangan yang berbaju AWSJ dengan ilmuan kumpulan berbaju wahabi membawa haluan berbeza, dan bara kemarahan di antara dua kumpulan ini sering kali mengeluarkan percikan-percikan api, yang kadang-kala boleh membakar emosi individu dan kumpulan.
Disebut berbaju wahabi itu kerana label wahabi dipakaikan kepada mereka sedangkan mereka sendiri seperti Sahibul Samahah Mufti Perlis banyak kali menyatakan dirinya bukan wahabi, sebaliknya pengamal al-Quran dan Sunnah tulen, tidak cenderung kepada sesuatu yang bidaah dalam amalan ibadah.
Mereka yang berbaju ASWJ atau sebahagiannya berkampung di Persatuan ASWAJA meletakkan diri mereka sebagai pengikut tulen ASWJ, sedangkan kepada kumpulan yang berbaju wahabi menamakan mereka sebagai kumpulan pengamal amalan bidaah (sesuatu ciptaan sendiri, bukan sahih dari Rasulullah).
Nusanaga: Apa Itu Wahabi
Dalam konteks Malaysia, beberapa ciri yang biasa dilihat kepada golongan berbaju Wahabi (tidak semestinya mereka penganut faham Muhamad Abdul Wahab) ini antaranya tidak cenderung membaca qunut dalam sembahyang subuh, tiada wirid-wirid panjang selepas solat fardhu di masjid, tiada doa berjamaah, tiada tahlil di kubur selepas jenazah dikebumikan dan beberapa ciri lain.
Sebaliknyanya, golongan yang dikatakan ahli sunnah ini sebahagian besar guru-guru mereka terdiri dari pengamal-pengamal thariqat. Dalam tradisi Islam di Malaysia, mungkin kerana pengaruh golongan sufi yang membawa masuk Islam ke rantau ini termasuk Malaysia, maka tradisi ini sudah biasa.

Dalam sejarah Islam awal, gelaran kumpulan ASWJ atau ahli sunnah wal jamaah tidak muncul kecuali selepas berlaku pergolakan politik di antara kumpulan syiah dan lawannya, maka yang lawan kepada kumpulan politik syiah dikelompokkan sebagai ASWJ.
Fahaman Salafi Wahabi: Origin Kepada Ekstremisme Dan Radikalisme Kontemporari
Sejarah juga menyaksikan muncul kumpulan rasionalis atau dikenali sebagai kumpulan muktazilah di zaman kegemilangan Islam yang menyuhtuh hal aqidah, ketuhanan dan pemikiran, maka muncul kumpulan yang mengasingkan diri dari kumpulan rasionalis berkenaan dengan membawa faham aqidah yang dikatakan lebih mendekati kehendak al-Quran dan Sunnah seperti pengikut Asyaari dan Maturidi.
Ini bermakna ASWJ pernah muncul dalam konflik politik yang merebak pula kepada konflik bidang lain seperti sunni-syiah, konflik aqidah di antara Asyairah/Maturidiah dengan Muktazilah dan sekarang ‘panas’ di Malaysia di antara kumpulan yang menggelar diri ASWJ dengan kumpulan yang lebih bersifat ASWJ.
Di negara jiran kita Indonesia konflik di antara kumpulan Nahdatul Ulama (mendekati ASWJ Malaysia) dengan kumpulan Muhamadiah (mendekati kumpulan Wahabi Malaysia) berlangsung sekian lama dengan membawa faham dan tindakan amal berbeza pula – malah seringkali permulaan hari raya pun di sambung berbeza di antara kedua-dua kumpulan berkenaan.
Pdf) Ciri Ciri Wahhabi Menurut Pandangan Muḥammad Abū Zahrah Dalam Tārīkḥ Al Madhāhib Al Islāmiyyah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digolongkan sebagai kumpulan bidaah kepada pengikut Wahabi kerana sering kali berbaju dan menghadiri majlis ‘Ya Hanana!’, maka dia dikatakan pemegang payung pelindung kepada puak pengamal bidaah di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang berasal dari Perlis pula dikatakan pemayung kepada Mufti Perlis kerana dilihat mempunyai faham yang sama. Malah, Perlis bukan hari ini cara hidup mereka ‘wahabi’, malah sudah berpuluh tahun mereka berfahaman begitu.
Sebaik sahaja ada kenyataan yang tersiar dalam Malaysiakini baru-baru ini oleh Timbalan Menteri Agama, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berbunyi, Wahabi Bukan Ajaran Sesat, terus sahaja Presiden Aswaja Ustaz Zamihan menyerang dengan bahasa agak kesat terhadap Dr Asyraf Wajdi. Dr Asyraf Wajdi memulihkan kembali imejnya sebagai golongan pro geng pondok dan bersama-sama berjubah dengan kumpulan ‘Ya Hanana!’.

Wahabi Vs Aswj
Ini menunjukkan Ustaz Zamihan mempunyai payung yang agak kuat dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri kerana begitu berani menegur Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, walhal Ustaz Zamihan merupakan kakitangan kerajaan di bawah kuasa Dr Asyraf Wajdi.
Nasib baik pertembungan dua kumpulan ini belum muncul secara jelas dari segi parti politik, walaupun kebanyakan yang berada dalam kotak ASWJ seperti penyokong kerajaan manakala kumpulan Wahabi dikaitkan dengan pembangkang. Ini mungkin kerana Dr Asri sering kali dilihat menyebelahi kumpulan pembangkang dan mengkritik Perdana Menteri.
Semalam, satu NGO baru menamakan diri mereka Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN) meminta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menghormati umat Islam di negara ini yang dikatakan berpegang teguh kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Adakah Wahabi Ialah
Pengerusinya, Abd. Kareem Said berkata, Dr. Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan DrMaza hanya boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hukum untuk orang Islam di negeri itu sahaja, bukan negeri lain.
“Ingatan daripada kami ialah jangan sebar fahaman kamu di luar Perlis kerana kami adalah dari fahaman ASWJ. Jika kamu bercakap dalam negeri kamu, itu hak kamu, ” katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna, Villa Puteri Condominium. Sebelum itu, beliau menyampaikan taklimat bertajuk ‘Isu ancaman akidah dan keselamatan pada bangsa Melayu’ kepada ahli gabungan AMIN yang melibatkan 112 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurut Abd. Kareem, tindakan Maza merakamkan ceramahnya yang kemudian dimuatnaik dalam laman media sosial Youtube sehingga ditonton oleh ratusan umat Islam pelbagai peringkat usia dan boleh merosakkan akhlak anak-anak muda yang baharu hendak mengenali Islam.
Menteri Agama Wahabi, Langgar Pkp Kata Aswaja
Ya, Johor sudah membuat kenyataan terbuka untuk menghalang mana-mana penceramah yang dianggap Wahabi memasuki negeri itu, seperti mana Dr Maza yang pernah menghalang pendakwah yang dikatakan bukan alirannya berceramah di Perlis.

Komentar