Saya Tidak Faham in Mandarin Menghadapi Tidak Kepahaman Dalam Bahasa Cina

Taburan jenis-jenis bahasa Cina di rantau timur China (termasuk Taiwan, Hong Kong dan Makau). Dalam peta ini, Bahasa Mandarin (perang muda) paling luas taburannya.

Bahasa Mandarin Baku merupakan Bahasa Cina yang dipertutur secara rasmi dan digunakan di negara-negara Republik Rakyat China, Republik China di Taiwan, Malaysia dan Singapura.

JawapanMenghadapi Tidak Kepahaman Dalam Bahasa Cina title=Jawapan Buku Teks Sejarah F4 style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQVeh-Y5yMVwZi3rCA2irUageH4szSD6jyHcRcTEEaC0o4UO4qjyaXcw6nAlkk835_zZyc&usqp=CAU'; />

Fonologi Bahasa Mandarin Baku berasaskan dialek Beijing yang digolongkan dalam golongan bahasa Mandarin, segolongan dialek-dialek Cina yang meluas di bahagian China utara dan barat daya. Perbendaharaan katanya banyak diukir daripada golongan dialek tersebut. Tatabahasa Bahasa Mandarin Baku diselaraskan dengan hasil-hasil moden yang ditulis dalam bentuk bahasa Cina Vernakular yang dipraktikkan mengikut tradisi dialek-dialek golongan Mandarin yang amat rapat disertakan dengan beberapa pengecualian. Hasilnya, Bahasa Mandarin Baku itu sendiri dipanggil sebagai Mandarin dalam penggunaan harian. Namun, pakar bahasa menggunakan istilah Mandarin sebagai merujuk kepada keseluruhan golongan dialek Mandarin. Pendekatan ini akan diambil untuk isi-isi artikel ini yang selebihnya.

Isu Guna Nama Allah Isu Feb Mac 09

Bahasa Mandarin Baku dikenali di Republik Rakyat China sebagai Putonghua (Cina Ringkas: 普通话 code: zh is deprecated Hanyu Pinyin: Pǔtōnghuà, bermaksud pertuturan biasa), di Republik China (Taiwan) sebagai Guoyu (Cina Tradisional: 國語 code: zh is deprecated Tongyong Pinyin: Guóyǔ, Wade-Giles: Kuo-yü, bahasa kebangsaan), dan di Malaysia serta Singapura sebagai Huayu (Cina Tradisional: 標準華語 code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 标准华语; code: zh is deprecated , Hanyu Pinyin: Biāozhǔn huáyǔ, bahasa Cina (dalam erti kebudayaan)). Ketiga-tiga istilah ini boleh saling dipakai antara komuniti bangsa Cina seluruh dunia dimana kumpulan-kumpulan berbeza dapat berhubungan.

Sejak zaman kuno lagi, bahasa Cina sentiasa terdiri daripada pelbagai dialek; maka sering perlunya dialek berprestij dan lingua franca. Sebagai contoh, Confucius lebih gemar menggunakan yǎyán (雅言 code: zh is deprecated , bermaksud pertuturan beradab) berbanding dialek setempat dan catatan Dinasti Han juga merujuk kepada tōngyǔ (通语 code: zh is deprecated , bahasa am). Buku rima yang dicatat sejak Dinasti Selatan dan Utara mungkin juga mencerminkan satu atau lebih daripada satu sistem sebutan baku ketika itu. Namun, kesemua dialek piawai ini barangkalinya tidak dikenali di kalangan orang bukan elit berpendidikan tinggi. Tambahan pula, sebutan mungkin amat berbeza kerana faktor penyatuan semua dialek Cina, bahasa Cina Klasik, merupakan piawaian bahasa bertulis bukan bahasa ditutur.

Dinasti Ming (1368 - 1644) dan Dinasti Qing (1644 - 1912) mula menggunakan istilah guānhuà (官话 code: zh is deprecated , pertuturan rasmi), untuk merujuk kepada pertuturan yang digunakan dalam istana. Istilah Mandarin berasal daripada orang Portugis. Perkataan mandarin mula-mulanya digunakan untuk merujuk kepada pegawai birokrat China (iaitu, mandarins) kerana orang Portugis, akibat tersilap anggap bahawa perkataan bahasa Sanskrit (mantri atau mentri) yang digunakan di seluruh Asia untuk merujuk kepada pegawai mempunyai kaitan dengan perkataan bahasa Portugis mandar (mengarah seseorang untuk melakukan sesuatu), lalu memerhati bahawa pegawai Cina semuanya mengeluarkan arahan, maka tergelarlah mandarins. Oleh itu, orang Portugis dengan serta-merta mula menggelar bahasa khusus yang ditutur antara pegawai-pegawai China (iaitu, Guanhua) bahasa orang mandarin, bahasa mandarin atau Mandarin. Kenyataan bahawa Guanhua merupakan bahasa buatan dalam beberapa aspek, berdasarkan satu set kelaziman (iaitu, famili bahasa Cina Utara bagi tatabahasa dan pengertian, serta sebutan terperinci setempat Istana bagi penggunaannya), adalah faktor utama yang menjadikannya istilah sesuai untuk bahasa Cina Baku Moden.

Vocab.txt · Stevenlimcorn/melayubert At Cdc438d872b10129df6479d434c3383b9aa2b9dd

Adalah kelihatan bahawa ketika tahun-tahun awal tempoh tersebut, bahasa bakunya berdasarkan dialek Nanjing, namun lama-kelamaan dialek Beijing makin berpengaruh, meskipun para pegawai dan rakyat biasa mencampuradukkan dialek-dialek dalam ibu negara, Beijing. Pada abad ke-17, Empayar China menubuhkan Akademi Ortoepi (正音书院 code: zh is deprecated , Zhèngyīn Shūyuàn) dalam percubaan memastikan sebutan menuruti piawaian Beijing. Namun, cubaan ini tidak banyak berjaya. Pada abad ke-19 Maharaja mengalami kesulitan dalam memahami beberapa menteri bangina sendiri dalam istana, kerana pegawai tersebut tidak sentiasa cuba menuruti mana-mana sebutan baku. Akhirnya, pada 1909, Dinasti Qing yang berada di ambang kejatuhan telah menubuhkan dialek Beijing sebagai guóyǔ (国语 code: zh is deprecated ), atau bahasa kebangsaan.

Setelah Republik China ditubuhkan pada 1912, usaha meluaskan satu bahasa kebangsaan yang umum makin berhasil. Satu Suruhanjaya bagi Penyatuan Sebutan berkumpul merangkumi delegasi dari seluruh negara. Mulanya terdapat satu cubaan untuk memperkenalkan sebutan baku dengan unsur dialek setempat, namun ini telah dianggap sebagai terlalu sukar untuk dipromosikan, maka pada 1924 cubaan ini dihentikan dan dialek Beijing dijadikan sumber utama sebutan nasional baku kerana status dialek ini sebagai dialek berprestij sejak Dinasti Qing. Unsur-unsur dari dialek lain masih wujud dlam bahasa baku inu, sebagai pengecualian dari hukum.

Republik Rakyat China yang ditubuhkan pada 1949 menyambungkan usaha ini. Pada 1955, guóyǔ dinamakan semula sebagai pǔtōnghuà (普通话 code: zh is deprecated ), atau pertuturan umum. (Pertukaran nama ini tidak diiktiraf oleh Republik China yang hanya menaungi Taiwan dan beberapa pulau di sekelilingnya sejak 1949.) Semenjak itu, piawaian yang digunakan di tanah besar China dan Taiwan amat ketara jurangnya.

Cara Bina Persekitaran Mesra Budaya

Setelah penyatuan semula Hong Kong dan Makau dengan Republik Rakyat China [1] Diarkibkan 2008-01-19 di Wayback Machine, istilah pǔtōnghuà digunakan dalam Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China, dan sistem pinyin juga dipakai secara meluas.

Di tanah besar China dan juga Taiwan, penggunaan bahasa Mandarin baku sebagai bahasa pengantaraan dalam sistem pendidikan dan dalam media banyak menyumbang kepada penyebaran bahasa Mandarin baku. Kesannya, bahasa Mandarin baku kini fasih ditutur oleh kebanyakan orang di tanah besar China dan Taiwan. Namun di Hong Kong, atas sebab sejarah dan linguistik, bahasa pendidikan serta kedua-dua pertuturan rasmi dan tidak rasmi masihlah bahasa Kantonis namun bahasa Mandarin baku makin berpengaruh.

Fonologi piawai bagi Bahasa Mandarin Baku adalah seperti berikut. Sungguhpun demikian, sebutan bahasa ini banyak berbeza-beza di kalangan penuturnya, kerana setiap orang (termasuk pemimpin negara) meyisipkan unsur-unsur dialek ibundanya secara semulajadi. Sebaliknya, juruhebah televisyen dan radio dipilih kerana ketepatan sebutan mereka. Berikut adalah fonologi Bahasa Mandarin Baku.

Boleh

Nota Penyelidikan Tindakan 1 (bab 1 3,14,15)

/ɻ/ sering ditranskripsi sebagai [ʐ] (frikatif retrofleks bersuara). Ini melambangkan variasi dalam sebutan antara penutur yang berlainan, dan bukanlah dua fonem berbeza.

Bagi maklumat lebih lanjut yang menunjukkan bagaimana awalan dan akhiran berinteraksi, lihat carta Zhuyin-IPA ini. Bunyi-bunyi vokal dalam carta ini telah disahkan menurut telunjuk laman IPA rasmi.

Konsonan alveolo-palatal /tɕ tɕʰ ɕ/ berada dalam pembahagian saling melengkapi (lihat pasangan minimal) dengan konsonan alveolar /ts tsʰ s/, konsonan retrofleks /tʂ tʂʰ ʂ/ dan konsonan velum /k kʰ x/. Kesannya, para pakar bahasa lebih gemar mengkelaskan /tɕ tɕʰ ɕ/ sebagai alofon kepada salah satu antara ketiga-tiga set lain. Sistem Yale dan Wade-Giles, contohnya, banyak melihat konsonan lelangit sebagai alofon kepada konsonan retrofleks; Tongyong Pinyin pula menganggapnya sebagai alofon kepada konsonan gigi; dan dalam sistem Braille Cina pula sebagai alofon konsonan velar.

Input Bm 1

Konsonan yang diistilahkan sebagai retrofleks di sini secara fonetiknya bukan lafazan retrofleks sebenar. Sebaliknya, konsonan-konsonan ini sebenarnya postalveolar apikal rata, yang berbeza daripada konsonan palatoalveolar dan retrofleks (sebenar) (Ladefoged & Wu 1984; Ladefoged & Maddieson 1996:150-154).

/tɕ tɕʰ ɕ/ boleh disebut sebagai [tsj tsʰj sj], khususnya oleh wanita muda dan juga sebilangan lelaki. Sebutan sebegini biasanya dianggap agak keperempuanan dan juga di bawah piawai.

Laporan

Akhiran, atau rima suku kata dalam bahasa Mandarin Baku, ialah bahagian selepas konsonan awalan. Akhiran bahasa Mandarin boleh dihuraikan secara struktur sebagai (V

Bagaimana Untuk Menjadi Fasih Dalam Bahasa Cina

). Dengan erti kata lain, akhiran ini terdiri daripada medial, nukleus (teras), dan koda. Medial ini, jika ada, boleh menjadi salah satu daripada tiga luncuran yang selari dengan tiga vokal tinggi: /i/, /u/, /y/. Koda juga mungkin tidak hadir, atau menjadi salah satu daipada luncuran -i dan -u; atau salah satu daripada dua konsonan nasal -n dan -ŋ.

Ini menunjukkan terdapat 14 bunyi vokal berlainan. Seiring dengan piawaian yang amat konservatif, ini mewakili satu sistem fonem: /a/ ([a]), /e/ ([e]/[ɛ]), /o/ ([o]/[ɔ]), /ə/ ([ə]/[ɤ]), /ɨ/([ɹ̩]/[ɻ̩]), /i/, /u/ ([ʊ]/[u]), dan /y/.

Apabila medial, nukleus, dan koda bergabung menjadi akhiran, sebutannya mungkin dipengaruh. Berikut adalah senarai penuh akhiran dalam Bahasa Mandarin Baku dalam IPA:

Bahasa Cina Baku

Kedua-dua pinyin dan zhuyin mengandungi o tambahan yang digunakan selepas awalan b p m f, maka dibezakan daripada uo yang digunakan selepas awalan lain. Secara amnya, o diletakkan dalam kolum pertama dan bukannya yang ketiga. Namun begitu, dalam sebutan Beijing, kedua-dua fonem ini seiras.

Dialog

Bahasa Mandarin Baku juga menggunakan konsonan rhotik, /ɚ/. Penggunaan ini merupakan ciri unik dalam bahasa Mandarin Baku, sementara dialek-dialek lain tiada bunyi ini. Dalam bahasa Mandarin, ciri ini dikenali sebagai Erhua. Terdapat dua kes di mana gunanya ciri ini:

Akhiran r mestilah dibezakan daripada separuh vokal retrofleks yang ditulis ri dalam ejaan pinyin dan diwakili sama ada oleh [ʐ] atau [ɹ] dalam IPA. Menyebut The star rode a donkey (Bintang menunggang keldai) dalam bahasa Inggeris Amerika, atau Wo nü-er ru yiyuan (Anak perempuan saya masuk hospital) dalam bahasa Mandarin, menjelaskan bahawa r pertama dalam mana-mana ayat disebut dengan lidah yang agak lemah, manakala r kedua berbunyi seperti lidah dipintalkan secara aktif dan menyentuh bahagian atas mulut.

Soalan Latihan Kuih Bakul Limau Mandarin

Dalam dialek bahasa Mandarin yang lain, konsonan rhotik kadang-kadang diganti oleh suku kata yang lain, seperti li dalam perkataan yang menandakan lokasi. Contohnya, zher dan nar masing-masing menjadi zhe li dan na li.

Bahasa Mandarin sepertilah dialek-dialek Cina lain, merupakan bahasa bernada. Ini bermakna bahawa nada, sepertimana konsonan dan vokal, digunakan untuk membezakan perkataan. Kebanyakan orang luar menghadapi kesukaran menguasai nada-nada setiap aksara, namun sebutan nada yang betul penting untuk kemudahan pemahaman kerana banyaknya bilangan perkataan dalam bahasa ini yang hanya dibezakan oleh nada. Berikut adalah empat nada Bahasa Mandarin Baku:

Kebanyakan sistem perumian bahasa Mandarin baku menandakan nada-nada ini dengan membubuh diakritik pada huruf vokal (cth. Pinyin, MPS II dan Tongyong Pinyin). Zhuyin pula juga menggunakan diakritik. Sistem rumi yang lain,

CQ#5

Kontrak Sosial Dan An Malaysia