Orang Takkan Faham Kesukaran Mengenali Perasaan Dalam Komunikasi

Komunikasi Rumahtangga Oleh Fadzli Aziz Tajuk ini bunyinya agak ‘cliche’ kerana kebanyakan kaunselor, motivator, ustaz dan ustazah memang selalu menyebutkan tentang komunikasi dalam rumahtangga. Disebabkan merasakan ianya tidak penting, hal biasa dan tiada masalah maka ianya tidak diberi perhatian dalam membina rumahtangga. Apabila ramai yang sebut tentang komunikasi maka ini lah menunjukkan bahawa betapa pentingnya komunikasi sebagai bukan sahaja penghubung, tetapi satu instrument bagi memulih dan memperbaiki kelemahan dan kelompangan yang ada dalam rumah tangga. Walaupun satu pasangan berada di bawah satu bumbung selama 5 tahun sekali pun, belum tentu pasangan ini berkomunikasi dengan berkesan. Bahkan ada pasangan yang telah berkahwin dan tinggal sebumbung lebih dari 5 tahun, tetapi tidak bertegur sapa dan masing-masing sibuk dengan hal dan urusan masingmasing. Untuk mengekalkan rumahtangga sehingga ke akhir hayat, komunikasi berkesan sangat memainkan peranan. Bayangkan tinggal sebumbung selama berpuluh tahun tapi tidak bercakap, bukankah itu satu kezaliman. Komunikasi ini bukan terhad kepada hanya kata-kata tetapi adalah berkait dengan semua medium penyampaian termasuklah bahasa badan, intonasi suara dan juga menggunakan media sosial seperti whats apps dan lain-lain. Dalam ebook ini anda akan meneroka mengenai elemen komunikasi dalam rumahtangga dan juga apa kesilapan kebiasaan yang berlaku. Kadang-kadang banyak kesilapan yang dianggap biasa oleh sebahagian orang dan akhirnya setelah lama berlalu, baru lah tersedar bahawa kesan daripada komunikasi yang salah ini membawa masalah yang lebih besar. Ebook ini juga akan berkongsi tips-tips komunikasi berkesan untuk membantu anda menambah baik komunikasi yang sedia ada supaya komunikasi yang terhasil bukan sahaja dapat menyampaikan mesej dengan berkesan, tetapi menambah #akauncinta terhadap dengan pasangan. Komunikasi yang dibina dengan emosi yang positif akan mencetuskan juga emosi yang positif.

Mengapa Pentingnya Komunikasi? Ini soalan yang perlu anda tanyakan pada diri. Dalam masa yang sama cuba perhatikan bagaimana pattern komunikasi anda dengan pasangan. Adakah anda berpuas hati dengan tahap komunikasi anda sekarang dengan pasangan? Sebelum saya bertanya soalan yang lebih mendalam untuk anda buat refleksi diri, mari kita lihat apa kepentingan komunikasi dalam rumahtangga. 1. Tiada Komunikasi Tanda Tidak Berminat Bayangkan anda tidak minat pada kerja anda? Apa akan berlaku pada anda apabila melaksanakan kerja? Pasti tiada motivasi, lemah, cepat bosan dan mula mencari keseronokan lain ditempat kerja. Dan bagaimana pula pasangan anda sudah tidak berminat pada anda? Macam mana cara nak tahu bahawa rumahtangga anda sedang mula bermasalah? Salah satu caranya adalah dengan melihat komunikasi. Kita akan berkomunikasi dengan orang yang kita berminat samada untuk urusan kerja, jual beli dan pelbagai lagi. Komunikasi akan bertambah apabila hubungan semakin erat dan dipenuhi dengan perasaan cinta. Komunikasi akan menambah nilai #akauncinta seseorang untuk bertambah sayang. Apabila #akauncinta semakin susun, perasaan semakin pudar, maka ianya akan digambarkan oleh semakin kurang komunikasi. Kalau berlaku pun hanya sekadar bertanya tentang fakta dan data, hak dan tanggungjawab. Tiada lagi perbualan tentang emosi dan perasaan. Tiada lagi kata-kata romantis dan ucapan mesra dilafazkan. Tiada lagi pujian dan kata-kata indah untuk pasangan. “SEMAKIN KURANG KOMUNIKASI SEMAKIN KURANG EMOSI’

2. Lebih Memahami Memahami pasangan sebenarnya bukan hanya berlaku dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan, tetapi ianya adalah proses yang berterusan selagi kita masih hidup dan bersama pasangan. Ini kerana manusia akan berubah oleh sebab faktor kematangan, persekitaran, usia dan pelbagai lagi faktor lain. Walaupun tidak semua bahagian mengalami perubahan, tetapi perubahan ini akan tetap memberi kesan kepada diri dan pasangan. Untuk memahami perubahan samada sikap, emosi, pemikiran dan juga tingkah laku, salah satu komponen penting adalah komunikasi. Dengan komunikasi kita dapat menyedari perubahan. Dengan berkomunikasi kita dapat memahami perubahan. Dengan komunikasi juga kita dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Syaratnya adalah komunikasi berkesan. Komunikasi yang memerlukan komitmen antara kedua-dua pihak. Komunikasi yang sihat. Secara automatik, hubungan akan bertambah erat, #akauncinta semakin bertambah, perasaan cinta semakin membara kerana pasangan lebih memahami. Rumahtangga akan bahagia dan indah bila pasangan saling memahami. Inilah peranan komunikasi berkesan dalam membina, menyatu dan mengharmonikan rumahtangga.

Komunikasi Berkesan Kecil

3. Kepuasan Rumahtangga Membina rumahtangga adalah satu keputusan yang sangat besar. Banyak masa yang dihabiskan dan banyak juga wang yang digunakan sejak proses berkenalan sehingga terbinanya rumah tangga. Maka sudah pasti setiap pasangan mengharap kepuasan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Kepuasan akan dicapai apabila rumah tangga bahagia. Kepuasan akan menyebabkan segala pengorbanan dari segi masa, wang ringgit dan usaha untuk membina rumahtangga adalah berbaloi. Komunikasi yang baik dan berkesan membantu pasangan untuk berbincang sesuatu isu dengan baik, bahkan mendorong pasangan untuk berbincang di peringkat awal lagi apabila sesuatu isu itu timbul. Tiada pergaduhan dan perdebatan dalam perbincangan yang menyebabkan pasangan berasa seronok kerana segala isu yang timbul dapat diselesaikan secara bersama. Namun apabila komunikasi bermasalah dalam rumahtangga, akan menyebabkan pasangan tidak berpuas hati dengan pasangan masing-masing. Maka ada pasangan yang mengambil tindakan dengan membiarkan bahkan mengabaikan komunikasi sehingga masing-masing hanya sibuk dengan urusan diri masing-masing tanpa menghiraukan pasangan. Ini akan menyebabkan pasangan akan berfikir semula berkenaan dengan tindakan membina rumahtangga dengan pasangan adalah satu tindakan yang betul. Secara automatik kepuasan rumahtangga akan menurun. Sekiranya ia tidak diselesaikan dengan sesegera mungkin, maka ia akan membawa kepada masalah yang lebih besar dan tidak mustahil akan menyebabkan keruntuhan rumahtangga.

4. Kepercayaan, Kejujuran & Hormat Lebih Tinggi Elemen yang sangat penting dalam rumahtangga. Saya yakin semua pasangan mengharapkan kejujuran pasangan dalam hubungan. Kejujuran ini akan menghilangkan kerisauan, menenangkan perasaan dan yakin dengan kebaikan pasangan. Banyak rumahtangga yang goyah akibat hilang kepercayaan terhadap pasangan. Puncanya adalah pasangan yang tidak jujur. Bila hilang percaya maka pastinya tiada lagi hormat pada pasangan. Komunikasi yang berkesan adalah elemen penting dalam membina kepercayaan. Komunikasi dua hala dalam rumahtangga akan mengurangkan persepsi negatif dan dapat menghindarkan sangka buruk terhadap pasangan. Segala sangka buruk dapat dirungkaikan dengan komunikasi yang positif yang fokus terhadap penyelesaian masalah, bukan mencari siapa yang bersalah. 5. Hubungan Bertambah Baik Salah satu cara untuk bertambah sayang terhadap pasangan, dan bertambah nilai #akauncinta adalah dengan meluahkan perasaan terhadap pasangan. Menyatakan perasaan terhadap pasangan akan menyebabkan pasangan akan lebih jelas dengan perasaan pasangan terhadap dirinya. Walaupun betul ungkapan “action speaks louder than words”, tetapi bayangkan gandingan antara “speaks” dan “action” maka akan lebih berbunga-bunga lah hati pasangan. Meluahkan perasaan pada pasangan memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan agar luahan yang dihasilkan tidak disalah tafsir dan tidak sampai maksudnya kepada pasangan. Luahan yang berkesan pastinya akan menambah baik hubungan yang sedia ada dan menyebabkan pasangan merasakan semakin hari semakin sayang.

Kesilapan Biasa Dalam Komunikasi Rumah Tangga Bila kita sebut kesilapan biasa, maksudnya kita telah membiasakan kesilapan tersebut sehingga terkadang kita tak merasakan bahawa ianya adalah satu kesilapan pun. Kita pun terus melakukannya berulang-ulang kali pada suatu masa yang lama. Tanpa kita sedari pasangan kita menyimpan segala sakit hatinya walaupun kecil terhadap kita dan mengakibatkan nilai #akauncinta semakin lama semakin susut. Akhirnya pasangan kita makin kurang berkomunikasi, terasa semakin lama semakin jauh dan hilanglah keserasian. Oleh itu mari kita semak kesalahan kebiasaan dalam komunikasi rumah tangga. 1. Tidak ‘MENDENGAR’ dengan baik Mendengar ini bunyinya macam biasa sahaja tetapi hakikatnya mempunyai kesan yang sangat besar terhadap pasangan. Mendengar akan menyebabkan kasih sayang bertambah, deposit cinta berlaku dalam #akauncinta, dan hubungan akan kembali bertambah erat. Mendengar akaan menyebabkan pasangan rasa dirinya dihargai, dilayan, dihormati dan merasa dirinya penting oleh pasangan. Bayangkan apabila pasangan tidak mahu mendengar luahan anda pasti anda akan terasa hati. Lama kelamaan anda merasakan diri anda tidak penting pada pasangan. Apabila anda tidak mendengar pasangan anda dengan baik, anda akan terlepas isi percakapan dan luahan pasangan anda menyebabkan anda gagal memahami situasi sebenar. Apabila keadaan ini berlaku maka ianya akan mencetuskan hal-hal yang lebih besar pada masa akan datang.

Benda Yang Kita Rasa Okay, Tapi Mungkin Penyebab Anak 'speech Delay'. Kena Stop Buat!

2. Bercakap Tanpa Berfikir Ini adalah kebiasaan berlaku terhadap pasangan terutama sekali apabila sedang berdepan dengan konflik. Apabila sesuatu isu timbul, ianya mencetuskan emosi negatif seperti marah, kecewa atau sedih. Apabila emosi ini pula gagal dikawal, menyebabkan komunikasi yang berlaku adalah komunikasi yang tiada tapisan. Dalam keadaan emosi sedemikian, biasanya katakata yang diluahkan hanyalah mengikut perasaan semata-mata. Tiada lagi tapisan perkataan bagi menjaga hati pasangan. Yang penting pada masa ini adalah meluah sahaja tanpa memikirkan kesan. Bayangkan setiap kali bertegang lidah, pelbagai tuduhan, tohmahan dan kata-kata kesat dikeluarkan. Pasti hati pasangan akan luka dan terguris. Kalau pasangan meminta maaf setiap kali kejadian tersebut berlaku maka ia akan mengurangkan sedikit kesan kecederaan emosi. Tetapi bayangkan pasangan yang tidak meminta maaf, dan hanya berbuat seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pasti kecederaan emosi pasangan ini akan disimpan selama tidak diselesaikan. Lama-kelamaan anda akan menjadi orang yang lebih sensitif dengan pasangan, merasa suram dan pudar, baki #akauncinta semakin susut dan berkurangan. Akhirnya anda menjadi tawar hati dengan pasangan anda.

3. Komunikasi Bersifat Ke’AKU’an Hubungan rumahtangga memerlukan komitmen kedua-dua belah pihak. Komitmen memahami pasangan juga adalah komitmen kedua-dua belah pihak. Untuk memahami perlu banyak mendengar. Namun apabila salah seorang yang mengemudi komunikasi yang bersifat autokratik, hanya mahu berbincang topik yang dia mahu sahaja, mahu menyelesaikan isu mengikut kehendak dirinya semata, maka pasti akan ada pihak yang terluka dan terseksa. Apabila bahasa pertuturan, pemikiran, perasaan hanya terfokus kepada ‘AKU’ sahaja maka tiada lagi komunikasi efektif. Proses komunikasi yang berlaku hanya sehala. Ekspresi perasaan juga akan bersifat sehala. Kemungkinan besar juga kesannya adalah komitmen terhadap pasangan juga jadi sehala. Contohnya apabila tiba saat ulang tahun perkahwinan, anda mungkin mengharapkan pasangan memberikan hadiah mahupun ucapan, tetapi ianya