Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai satu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik dan merupakan sesuatu yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna tanpa unsur makna.
Semantik merupakan kajian yang berkaitan dengan makna kata atau ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Pada hari ini penutur sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur lain. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat dalam bahasa. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.
Makna Dalam Budaya Tempatan title=Bahasa Kelante style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ5aAbGvSBcMjwabmU1eszZCAYuNDsP3oqdg4RQrsBAzncOr-8ApHAQE6_am60pfJTDTkI&usqp=CAU'; />
Menurut Hipkiss kata semantik diambil dari kata Yunani iaitu Semaino yang bermakna menandai atau memaknai. Semantik adalah bahagian daripada bidang semantik yang lebih luas iaitu semiotics. Semantik juga bahagian yang membahas tentang simbol, tanda dan bahasa sebagai satu kesatuan sistem simbol. Bahasa awalnya merupakan bunyi-bunyi abstrak yang mengacu pada lambang tertentu. Lambang-lambang ini merupakan seperangkat sistem yang memiliki tataran dan hubungan tertentu, seperangkat lambang yang memiliki bentuk dan hubungan itu mengasosiasikan adanya makna tertentu (aminudin, 2003, 15).
Tun, Melayu Pun Ada Sains Dan Matematik
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengenal pasti perbezaan dialek daerah Kota Bharu, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard. Terdapat beberapa ayat dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan berbeza makna dengan Bahasa Melayu Standard. Antaranya ialah :
Perkataan ‘demo’ dalam dialek Kota Bharu, Kelantan merujuk kepada ganti nama diri orang kedua dan ketiga sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard demo merujuk kepada singkatan kepada perkataan demokrasi yang membawa maksud suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.
Perkataan ‘tino’ dalam dialek Kota Bharu, Kelantan merujuk kepada perempuan sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, tino merujuk kepada betina iaitu antonim kepada jantan. Selalunya perkataan ini diguna pakai pada gender binatang atau benda yang tidak hidup. Jika perkataan ini diguna pakai untuk manusia ia akan memberi maksud yang negatif.
Pdf) Trend Ganti Nama Diri Bahasa Melayu Dalam Konteks Media Sosial
Perkataan ‘jate’ dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan merujuk kepada lelaki sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard jate adalah merujuk kepada jantan. Jantan merupakan kata yang berlawanan dengan betina. Selalunya perkataan ini diguna pakai pada gender binatang.
Perkataan ‘peghak’ dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan merupakan kata penguat dan ia disebut selepas kata masin. Ia biasanya disebut ‘masin peghak’ yang membawa maksud terlalu masin sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard perkataan ‘peghak’ apabila diterjemahkan menjadi ‘perap’. Perkataan ‘perap’ membawa maksud memerap bahan makanan seperti ikan dan daging dalam campuran seperti halia, kicap dan minyak sebelum dimasak.
Perkataan ‘kawe’ dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan merupakan kata ganti nama diri pertama iaitu merujuk kepada ‘saya’. Dalam Bahasa Melayu Standard, kata ‘kawe’ apabila diterjemahkan akan menjadi ‘kawan’. Perkataan ‘kawan’ boleh disama ertikan dengan rakan, sahabat dan teman.
Kemah Molek Tak Dop Loghat Luar Pun”
Perkataan ambo dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan merupakan kata ganti nama diri pertama iaitu merujuk kepada ‘saya’, ‘aku’ atau ‘kawe’. Penggunaan kata ‘ambo’ ini sebenarnya berasal daripada perkataan Inggeris yang diMelayukan. Perkataan ini berasal daripada perkataan ‘Humble’ yang membawa maksud seseorang yang bersifat rendah diri.Projek analisis kata SKBP 1023 memerlukan data yang berbentuk teks untuk mendapat dapatan kajian. Dalam projek ini, video wayang kulit dijadikan sumber. Wayang kulit adalah permainan tradisional yang dimainkan menggunakan teknik bayang-bayang. Walaupun terdapat banyak watak, pelakon atau pemilik suara kepada semua watak hanya seorang sahaja. Saya memilih video wayang kulit Kelantan dan akan mengkaji dialek kelantan yang digunakan.
Percakapan atau dialog watak-watak dalam cerita wayang kulit tersebut akan ditranskrip dalam bentuk teks untuk membolehkan rakaman tersebut dikaji. Teks tersebut akan dikaji menggunakan program Concordance iaitu menggunakan perisian AntConc. Sebelum menggunakan AntConc, data-data teks perlu di ditukarkan ke dalam format
Pengasuh Wak Yah : Aduh, Said ! Said panggil aku khamak ko ore begula sudoh masok doh. Hungga kito kholey koke, nok paka kasuk pong tokdey.

Budi As The Malay Mind: A Philosophical ...
Pengasuh Wak Yah : Tak dok la. Tengok riak risik Rajo ni srupo dok bergomo ni. Beringak Samad, bejupo buku denga ruah la Samad skali nih.
Tuanku : Aaa…lebih baik Pengasuh Said, Wak Yah, Samad dan Eteng. Anok ambo Tuan Sri Firdaus. Kut mano-mano pon dio toksey doh ko Ratu Sanggorok Api. Dia nok ko Raja diri tue ambo Latjuna. Lagu mano agoknyo?
Tuanku : Pasal menikoh, tetap ambo menikoh anok ambo denga Latjuna. Tapi tentangey tune anok ambo, Ratu Sanggorok Api, nok wat guano? Nok selesa blah mano?
Pdf) Kecik Konet: Feminin Dan Maskulin Dalam Bahasa Lisan Kedah
Tuanku : Dia mari sepak ambo, dio mari henja ambo. Ambo blawe denga dio. Nyo pekong ko dio. Reboh ambo. Hulubale ambo masok blawey pong. Nyo pekong ko dio. Reboh jugok.
Pengasuh Wak Yah : Haha. Mudohnyo natey berok nih. Ajok begomo srupo ajok gi keda kopi, mudahnyo dio ni. Begomo-begomo mu khamok dok sakit Said?

Tuanku : Aduh, mujur la ado rakyat balo Latjuna. Kalu takdok rakyat balo Latjuna, muking aku hiley puok, muking aku hiley pedomey. Biarlah aku nok kelih dari jauh bagaimano puok ni blawey denga angkate Senggorok Api.
Kelantanese: Bahasa Orang Kelantan
Pengasuh Wak Yah : Amboi, Said ! Panggil aku ingatkan orang bergulai sudah siap. Bergegas saya lari, nak pakai kasut pun tak sempat.
Pengasuh Wak Yah : Tak adalah. Tengok riak Raja ni macam tengah berlawan ni. Ingat Samad, dah jumpa ruas dengan buku kali ini.
Tuanku : Baiklah Pengasuh Said, Wak Yah, Samad dan Eteng. Anak Beta Tuan Sri Firdaus, tidak kira macam mana pun, dia tidak mahu kepada Ratu Sanggorok Api. Dia sukakan Raja Latjuna. Macam mana agaknya?
Yang Merah Itu Saga (jawi)
Tuanku : Pasal nikah, tetap Beta nikahkan anak Beta dengan Latjuna. Tetapi tentangan tunang anak Beta, Ratu Sanggorok Api, bagaimana nak selesaikan?

Tuanku : Dia datang sepak, terajang Beta. Beta lawan dengan dia. Dibaling olehnya, rebah Beta. Hulubalang Beta masuk berlawan pula. Dibaling olehnya, rebah juga !
Pengasuh Wak Yah : Haha. Mudahnya dia. Ajak bergaduh seperti ajak ke kedai kopi, mudahnya dia ni. Bergaduh ni kau ingat tidak sakit ke Said?
Focus Pt3 2022
Pengasuh Said : Saya tahu sakit. Tahanlah. Nak buat macam mana? Dia Raja kita, dari dia susah lebih baik kita yang susah.
Tuanku : Aduhai, mujur ada rakyat Latjuna. Kalau tiada rakyat Latjuna, mungkin Beta hilang pedoman. Biarlah Beta lihat dari jauh bagaimana mereka berlawan dengan angkatan Senggorok Api.
4. Sesetengah perkataan dalam dialek Kelantan membawa maksud yang hampir sama. Ini dapat dilihat melalui perkataan berumbah dan bergomo. Kedua – dua perkataan ini bermaksud berlawan, bergaduh dan yang semakna dengannya.

Komentar