Sebelum nak bandingkan keupayaan anak lelaki dan perempuan ibu bapa kena tahu setiap anak yang dilahirkan istimewa. Dari segi saintifiknya, mungkin ia ada benarnya. Ini kerana cara pembentukan otak bayi lelaki dan perempuan berkembang dengan cara yang berbeza. Sedikit sebanyak, mereka dilahirkan dengan memiliki karakter tertentu serta minat pada benda yang berbeza.
Anak Lelaki:Menurut kajian pakar psikologi, anak lelaki lebih minat menumpukan perhatian pada pergerakan mesin atau alat mekanikal. Ketika menaiki kereta, mereka lebih leka memerhatikan ‘wiper kereta’ daripada wajah orang dewasa yang sedang bercakap. Mereka juga boleh hipotesis tentang pergerakan. Contohnya apabila kereta mainan bergerak di bawah meja, ia akan menuju ke sudut yang bertentangan.

Anak Perempuan: Anak perempuan pula lain minatnya. Mereka lebih gemar memerhati cara gerakan orang disekeliling. Mereka lebih mudah meniru perbuatan kita seperti cara menjaga bayi kecil. Mereka juga tidak kurang hebatnya dan mungkin hebat lagi dalam meniru gaya memandu kereta seperti anak lelaki.
Perkara Perempuan Lalui Kaum Lelaki Takkan Pernah Faham
Anak Lelaki:Jika kita ke taman permainan, yang berlari dan memanjat sana-sini sudah tentu anak lelaki lebih ramai. Anak lelaki lebih suka bergerak aktif dan senang melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor kasar. Perkara ini disokong berdasarkan kajian yang dilakukan di Kanada terhadap bayi lelaki dan perempuan.Ia mendapati bahawa anak lelaki lebih susah untuk duduk diam ketika meyalinkan pakaiannya, ketika di dalam ‘stroller’ dan lebih suka merangkak ke jarak yang jauh.
Anak Perempuan:Bagi anak perempuan pula, mereka dilihat lebih teliti dan ketika diberikan tugas yang melibatkan motorik halus seperti bermain permainan, menggunakan perkakas makan, dan menulis. Lazimnya, anak perempuan akan memiliki hasil yang lebih baik.Namun begitu, anak lelaki dan perempuan mula berjalan pada waktu yang agak sama.
Anak Perempuan:Menurut BabyCenter, secara semulajadinya anak perempuan dilahirkan dengan deria penglihatan yang lebih tajam. Mereka lebih tertarik untuk melihat ekspresi dan reaksi wajah orang di sekelilingnya. Jadi, mereka boleh agak emosi anda bila marah atau sedih. Mereka juga boleh mengekalkan hubungan mata (eye contact) dengan kita apabila kita bercakap dengan mereka.
Tiqahai.blogspot.my: Cara Cara Nak Faham Perempuan
Anak Lelaki:Walaupun anak lelaki tidak peka dengan emosi kita, mereka sebenarnya lebih emosional berbanding anak perempuan. Anak lelaki lebih sukar untuk dipujuk berbanding anak perempuan. Di samping itu, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kadar denyutan bayi lelaki lebih pantas bila sedang keresahan walaupun ekspresinya tidak begitu berubah. Ini menandakan bahawa anak lelaki mungkin turut merasai sensitiviti terhadap sesuatu perkara, namun tidakbanyak bertindak terhadapnya.
Anak Lelaki:Oleh kerana karakter mereka yang kurang cenderung terhadap manusia, ia mungkin salah satu sebab mereka sedikit lewat dalam bertutur. Menurut sumber, pada usia 16 bulan anak perempuan sudah mampu mengucapkan 100 perkataan sedangkan anak laki-laki hanya sekitar 30 perkataan.
Anak Perempuan:Kebolehan deria penglihatannya untuk memerhatikan emosi dan pergerakan kita membuatkan anak perempuan lebih petah berbicara dahulu berbanding anak lelaki. Mereka juga lebih mudah untuk mengikut bunyi dari suara kita berbanding anak lelaki. Kelebihan ini juga menjadikan anak perempuan seorang pendengar yang baik. Mereka lebih berminat untuk terlibat dalam perbualan berbanding anak lelaki.
Dah Faham Agama Ke?
Anak Lelaki: Memang fitrah lelaki lebih berani berbanding perempuan. Ia mungkin disebabkan oleh hormon testosteron yang lebih tinggi dalam otak bayi lelaki. Anak lelaki terbukti lebih berani apabila si ibu mengacahnya ekspresi untuk menakut-nakutkannya. Mereka lebih tenang dan kembali bermain seakan tiada apa yang berlaku.
Anak Perempuan:Berbanding anak perempuan, sensitiviti mereka yang lebih terhadap penglihatan dan pendengaran mungkin menyebabkan mereka lebih senang berasa takut. Malah, kajian juga membuktikan yang anak perempuan lebih mudah terperanjat bila diberikan mainan yang berbunyi nyaring.
Walau apapun perbezaan anak lelaki dan perempuan, semuanya bergantung pada cara kita mendidiknya. Latih anak dengan nilai-nilai baik seperti yang kita idamkan. Ambil inisiatif untuk melatih kemahiran anak. Rajinkan diri untuk membaca buku pada anak supaya lebih petah bercakap. Bantu anak menghadapi ketakutannya. Latih anak supaya lebih aktif.

Boleh Ke Kalau Suka Suka Tak Nak Ikut Faraid?
Pokok pangkalnya, sediakan persekitaran yang dapat membantu perkembangan minda anak supaya mereka lebih cepat belajar. Lelaki atau perempuan, semua mempunyai peluang yang sama untuk belajar melalui pengalaman dan seterusnya menggilap potensi masing-masing!
Rak bertingkat mampu menjadikan susun atur kediaman lebih kemas selain menjimatkan ruang. Bagi rumah yang memiliki keluasan yang terhad, rak bertingkat sangatlah membantu. Tahukah anda bahasa lelaki dan bahasa wanita adalah berlainan dan berbeza sekali? Bahasa ini hanya boleh difahami atas landasan yang dinamakan persefahaman, toleransi dan terus terang. Sebab itu wujudnya buku WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS. Aku sendiri baru baca separuh buku tersebut, memang merangsang minda dan pemikiran bila membaca buku tersebut. Buat kita tertanya, berfikir dan angguk faham.
Scene ini cukup untuk jelaskan bahasa lelaki dan bahasa wanita berbeza. Inilah juga yang kadang-kadang buat aku pening kepala. Haha. Kita faham lain, tapi sebenarnya dia kata yang lain. Kita cuba sampaikan sesuatu, tapi dia pula tak faham tersirat di sebaliknya. Heh. Payah kan?
Kelansungan Hidup Wanita Dalam Pjj Akhir Combined
Dah sifat wanita begitu, hatinya mudah tersentuh. Bila seseorang lelaki terlalu baik padanya, automatik kepala otak dia akan mula keliru, kenapa dia terlalu baik dengan aku, kenapa dia selalu ada bila aku sedih dan bila aku gembira, kenapa dan kenapa dan kenapa. Ada wanita yang akan mula rasa suka, ada wanita pula yang akan mula jauhkan diri bimbang melarat pula rasa suka yang ada, ada wanita pula buat tak tahu dan abaikan saja. Hehe.
Aku pula jenis yang cuba jauhkan diri, kata pada diri sendiri elak kalau boleh elak, biar jauh makin jauh, kerana masa dan jarak kadang waktunya akan buat kita lupa pada rasa. Tapi, ianya tak semudah itu. Aku, selalu saja kalah. Bukan senang nak jauhkan diri.

Si lelaki dah tentu-tentu tak faham apa yang mengelirukan pemikiran dan perasaan si wanita. Kalau si wanita tak beritahu, si lelaki tak akan tahu. Nasib kau baik Joon Ho, sebab Lee Soon Shin jenis yang berterus terang tentang rasa. Kalau aku, memang tidaklah. Tak ada keberanian dan muka tak tahu nak letak mana kalau berterus terang. Heh! Lee Soon Shin kata pada Joon Ho jangan terlalu baik padanya lagi sebab nanti akan buat dia keliru dan sedih. Sebabnya Lee Soon Shin suka pada Joon Ho. As simple as that.
Panduan Keluarga Bahagia: 10 Silap Besar Isteri Terhadap Suami
Dan Joon Ho pun mula bersuara. Sebab dia sendiri pun tertanya kenapa. Dia sendiri menyukai Lee Soon Shin dan dia rasakan yang selama ini dia dah beri cukup TANDA dan HINT yang mengatakan dia sukakan Soon Shin. Tapi itu apa yang si lelaki rasa. Sebab itu aku kata bahasa lelaki dan bahasa wanita berbeza. Bagi si lelaki mungkin dengan selalu tanya khabar, selalu teman si wanita waktu happy dan sedih, selalu jaga dia, itu dah cukup untuk nyatakan rasa dia. Kau dah salah dekat situ Jah oii!!
Tak semua wanita boleh tangkap apa yang kau cuba nak sampaikan melalui perbuatan. Dan aku rasa aku boleh kata kebanyakan wanita tak akan faham. Atau akan buat-buat tak nak faham. Sebab nama kita wanita. Macam mana pun zaman dah berubah, wanita itu tetap dihiasi dengan perasaan malu. Dia mungkin faham yang kau ada hati pada dia melalui sikap kau walau kau tak pernah ucapkannya, tapi takkan dia nak berdepan dengan kau dan kata, OKAY, SAYA PUN SUKA AWAK! Dah kalau suka sama suka tak apalah kan, kalau yang selama ini sikap caring yang si lelaki itu tunjuk cuma sebagai kawan dan tak ada makna apa-apa, haaaaa, kan dah haru. Celah mana nak sumbat muka oii.
Sebab itu wanita dia perlukan kata-kata sebagai reassurance, baru dia mengerti dan faham. Kata-kata lebih simple dan direct dari perbuatan yang kompleks dan perlu diterjemah. Betul tak? Memang betul kan. Wanita bagi lelaki memang kompleks dan susah nak faham, tapi itu tak bermakna kau kena handle dia dengan cara yang kompleks juga. Sebab bila si wanita dah selalu immerse dalam pemikiran kompleks mereka, kadang-kadang apa yang dia perlukan, cuma satu ayat yang simple saja.
Penguasaan Teknik Belajar, Bantu Tingkat Pemahaman
It's true action is louder than word, rather than just talking and talking, you better doing it. But there are a few circumstances, usually in the early process of relationship where words are louder than actions. Because you need words, a reassurance to start a relationship and make sure that it goes on.

Aku sendiri belum berkahwin dan aku bukanlah nak jadi pandai dan memandai-mandai dalam soal keharmonian rumahtangga, ilmu aku cuma sikit saja, itu pun dari pembacaan, selebihnya adalah buah fikiran aku saja. Jadi sekiranya ada yang mana tak berkenan di hati, dan terasa aku hanya memandai-mandai saja dalam soal perkahwinan, aku susun sepuluh jari mohon maaf. Entry ini cuma pandangan picisan aku saja. Heee.
Assalamualaikum. Okay, first of all, pictures attached in this post are taken from Google, credit to the respected site. Atas sebab tidak mahu blog ini terus tercungap-cungap, ibarat nyawa-nyawa ikan sebab jarang ada post baru, jadi aku ambil keputusan untuk kongsikan pengalaman menjalani MRI di Hospital Melaka pada hari ini, 1 Julai 2013. Temujanji aku adalah pada pukul 2 petang tapi dah menjadi kebiasaan untuk aku datang lebih awal 10 minit untuk apa juga temujanji. Prinsip yang terbaik kita pegang, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita. Berdebar tak usah dikatalah, sepanjang jalan menuju ke MRI suite memang hati berdebar memanjang. Setelah selesai pendaftaran, aku diberikan baju hospital untuk ditukar. Segala macam peralatan besi yang ada pada badan perlulah ditanggal kerana seperti yang aku tulis di atas, ianya adalah gua MAGNET. Sebelum menjalani MRI juga ada checklist yang perlu ditanya kepada pesakit contohnya seperti pernah menjalani pembedahan memas
Tips Urus Wang Anda
UPDATE TERBARU DIRI PENULIS : Sekarang dah berhenti pemakaian segala macam produk muka. Mulakan kembali
Komentar