Huruf dalam Bahasa Jepun Pengenalan kepada Aksara Dalam Budaya Jepun

Hiragana (平仮名) ialah satu sistem tulisan jenis suku kata. Ini bermaksud setiap huruf mewakili satu suku kata (ka, ki, u, sa, etc.), berbeza dengan tulisan rumi (ローマ字) yang membina perkataan berdasarkan huruf-huruf tunggal (a, b, c, d, etc).

Katakana (片仮名) merupakan sebuah sistem tulisan yang mempunyai set bunyi yang sama seperti Hiragana. Tulisan Katakana wujud sebelum adanya tulisan Hiragana, maka, ia merupakan sistem tulisan utama pada waktu tersebut. Namun, apabila Hiragana menguasai, ia hanya digunakan bagi tujuan tertentu seperti kata pinjaman bahasa asing, onomatopoeia, penekanan dan lain-lain.

BelajarHuruf Dalam Bahasa Jepun Pengenalan Kepada Aksara Dalam Budaya Jepun title=Belajar Bahasa Asing Bersama Saya: Bahasa Jepun style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRZBNxLs_k99atH15-MHKUG9FDmyK9Rgae3lCkX7Wde7EyM4uzb_XkeZcyAQIoOfYihQuo&usqp=CAU'; />

Kanji ada dua jenis sebutan iaitu Onyomi (音読み) dan Kunyomi (訓読み).  Agak sukar untuk menentukan mana yang perlu digunakan dalam satu-satu masa. Hal ini juga sukar bagi mereka yang berlidah Jepun sekalipun. Oleh itu, ada di antara kanji-kanji yang biasa digunakan mempunyai lebih dari satu sebutan seperti 今日 (きょう atau こんにち | Hari ini). Ada juga kanji gabungan (熟語 | じゅくご) yang tidak mengikut mana-mana sistem sebutan. Contohnya ialah 大人 (おとな | orang dewasa). Perlulah seseorang yang tidak tahu menyebutnya merujuk kepada mereka yang lebih arif.

F2 F I Sem2 2013

Dakuten (濁点) atau lebih mesra dengan panggilan ‘ten-ten’ (点々), ialah sebuah tanda diakritik yang digunakan dalam kedua-dua hiragana dan katakana. Ia adalah tambahan set bunyi yang menjadikan /k/ kepada /g/, /s/ kepada /z/, /t/ kepada /d/ dan /h/ kepada /b/. Itu sahaja yang ada dalam tambahan set ini.

Ada lagi satu yang dinamakan Handakuten (半濁点), yang khas untuk menukarkan bunyi /h/ kepada /p/. Lebih mesra dipanggil sebagai Maru (丸 | bulatan).

Satu lagi ciri yang ada pada kedua-dua hiragana dan katakana ialah gelinciran bunyi. Gelinciran bunyi boleh berlaku apabila kita menggabungkan suku kata yang berakhir dengan /i/ bersama set bunyi /y/. Gelinciran ini akan menghasilkan bunyi-bunyi seperti kya, gya, jya, nya dan sebagainya. Tulisan や, ゆ, atau よ mestilah sebesar 1/4 tulisan biasa. Perhatikan jadual di bawah.

Mengenal Huruf Dalam Bahasa Jepang (1)

Ada satu ciri khas yang hanya ada pada Katakana, iaitu tanda pemanjangan (ー). Dalam hiragana, pemanjangan huruf boleh berlaku dengan menambah あ, い, atau う. Tetapi dalam Katakana, pemanjangan harus dilakukan dengan menggunakan tanda [ー].

Berhati-hati dengan pemanjangan huruf ini. Ada perkataan-perkataan yang bunyi hampir sama tetapi dibezakan dengan adanya pemanjangan huruf. Contohnya, おばさん dan おばあさん yang bermaksud ‘makcik’ dan ‘nenek’.

Furigana (振り仮名) bukanlah satu sistem tulisan asing. Ia adalah tulisan sokongan bagi memberitahu pembaca bagaimana sesuatu perkataan itu disebut. Ia adalah tulisan kecil yang biasanya ditulis di atas (tulisan moden melintang dari kiri ke kanan) ataupun di kanan (tulisan lama menegak dari kanan ke kiri). Kebiasaannya, ia wujud dalam bahan bacaan kanak-kanak, buku sains, ataupun buku fiksyen. Ia boleh ditulis dalam hiragana ataupun katakana.

Mengapa Orang Jepang Sulit Mengucapkan Huruf Mati Di Akhir Kata?

Okurigana (送り仮名) ialah huruf-huruf yang diletakkan selepas kanji akar dalam satu perkataan. Antara contoh yang biasa ialah kata-kata kerja (書く、買う、掴む) , dan kata-kata sifat akhiran -i (良い、上手い、白い). Ia mampu memaksa pembaca membaca kanji dalam satu cara yang tertentu dan ia membantu dalam mengubah kata-kata kerja dan adjektif tanpa mengubah maksud akar. Sebagai contoh, 大 boleh disebut sebagai だい atau おお, tetapi apabila diletakkan okurigana ~きい menjadi 大きい ia mesti disebut sebagai おおきい. Kata sifat 大きい (besar) boleh dijadikan 大きくない (tidak besar) tanpa mengubah cara bacaan dan maksud kanji akar.

Untuk menulis sebutan kanji bersama okurigana, biasanya akan diletakkan tanda [・] bagi mengasingkan kanji dan okurigana seperti ini “話し [はな・し]”. Perkara ini boleh dilihat dalam kamus-kamus biasanya. Tidak dinafikan ada kamus-kamus yang akan membuang pemisah [・] dalam menulis cara sebutan seperti ini “話し[はなし]”.Minggu ke 3, kita akan belajar huruf-huruf Katakana pula; selepas mempelajari huruf-huruf Hiragana rasanya kita dah tahu bahawa huruf dalam bahasa Jepun adalah penghasilan bunyi seperti, SA, SE, SU, SI dan SO dan seperti yang sering saya ulang...ianya hanya untuk menulis perkataan yang berasal dari Bahasa Jepun itu sendiri sahaja. Jadi bagaimana dengan perkataan Bahasa Inggeris seperti Komputer, Chicken Chop dll ditulis dalam bahasa Jepun? mereka membezakannya dengan menggunakkan tulisan dari huruf-huruf Basic Katakana, Combo Katakana dan Dakuten Katakana.

Diingatkan sekali lagi, pernulisan bahasa Jepun bukan berasaskan ejaan huruf ke huruf tetapi sebutan ke sebutan.... contoh perkatan Komputer menjadi コ(Ko)ン(N)ピュー(Pyū) ター(Tō) maka anda masih perlu belajar bagaimana menulis perkataan Bahasa Inggeris dengan Bahasa Jepun (Katakana) kerana sebutan/ Slang English yang diJepunkan bukannya mudah untuk difahami.

Sistem

Eportfolio Bmmb1074 Sej Perkembangan Bm

Seperti Hiragana; Minggu Katakana juga harus bermula dengan mengenal huruf-huruf Asas dan di campur terus dengan huruf-huruf Combo dan Dakutan. Mulakan dengan latihan menulis mengikut atur garisan menggunakan link dibawah:

Anda akan dapati tidak banyak perubahan pada bunyi huruf dalam katakana yang berbeza dengan huruf-huruf hiragana tapi anda perlu tahu terdapat pertambahan 2 kumpulan huruf dalam Katakana iaitu kumpulan Huruf V (Va, Vi, Ve dan Vo) serta kumpulan huruf F (Fa, Fi, Fe dan Fo) serta huruf She, Che, Je dan Quo.

Secara jujurnya melihat Jadual semua huruf-huruf Katakana dan Hiragana diatas agak menakutkan saya.... hampir 3kali ganda jumlah huruf yang perlu dihafal banyinya berbanding dengan huruf-huruf Roman. Namun saya sering ingatkan pada diri saya.... tak perlu hafal sekarang kerana saya akan menjumpai semua huruf-huruf ini berulang-ulang kali, yang penting saya tahu membezakan huruf Hiragana dan Katakana sahaja buat masa ini.

Huruf Hiragana Dan Katakana: Jenis Jenis, Cara Membaca, Perbedaannya

1. Bunyi Panjang yang diwakili dengan huruf seperti ā, ī , ē, ū, atau ō diwakili dengan simbol ( ー ) di akhir huruf

Dalam post Hiragana, saya ada menyebut tentang penulisan dalam bahasa Jepun menggunakan hiragana tidak mempunyai jarak antara perkataan kerana semuanya ditulis dalam satu perenggan; tapi kita sedia maklum bahasa Bahasa Inggeris mempunyai jarak dalam perkataannya. Maka bila perkataan inggeris yang di Jepunkan perlu ada jarak maka tanda [・] titik gelap= tanda berhenti dalam tulisan roman digunakan. Jadi bagaimana pulak dengan tanda berhenti? dalam bahasa Jepun tanda berhenti ditulis dengan tanda [。] bulat kosong.Secara jujurnya saya memang sangat lemah dalam penulisan Bahasa; Sama ada Bahasa Malaysia ataupun English. Walaupun saya penah mewakili sekolah sehingga peringkat Negeri dalam bidang pidato, choral speaking, dll untuk kedua2 bahasa tapi saya sangat lemah dalam penulisan. Namun jika terdesak lain ceritanya, tapi jika bersantai saya kadang-kadang tidak mampu tulis perkataan asas sekali pun walaupun bahasa Malaysia kerana terlalu banyak bahasa yang saya belajar dari sekolah hingga ke universiti sehingga otak saya tidak mampu membezakannya. Secara kasarnya saya belajar 5 bahasa tambahan... tapi saya tidak mampu bertutur mahupun menulisnya dalam kebanyakkanya.... tapi jika ada perperiksaan jangan kata sambung ayat; karanggan 3000 patah perkataan pun mampu saya tulis. Jadi disebabkan penanguhan 1 semeter dari UiTM, maka bulan ini saya mula dan minat nak belajar bahasa Jepun.

Belajar

Kita mulakan dengan asas dan pengagihan waktu. Semoga sesiapa yang meminati dan ingin belajar bahasa Jepun secara percuma boleh gunakan link2 dan jadual pelajaran ini untuk sama2 belajar dan mahir menulis dan bertutur dalam bahasa Jepun. JOM~

Belajar 2000 Huruf Kanji Dalam Masa 90hari: Penulisan Bahasa Jepun 101: Mengenal Huruf Huruf Asas Bahasa Jepun (hiragana)

Sejarah ringkatnya; Bahasa Jepun banyak menggunakan Kanji (Aras 3) iaitu penulisan dari bahasa Mandarin (Tanah Besar China) yang di ajar kepada semua orang di Jepun; namun kaum wanita yang kebanyakkannya suri rumah merasakan penulisan bahasa kanji sangat sukar untuk mereka hafal dan tulis. Maka lahirlah Huruf-huruf Hiragana iaitu huruf-huruf yang dicipta oleh orang Jepun sendiri untuk menghasilkan huruf yang mewakili sebutan mereka. Kesimpulanya; huruf Hiragana adalah asas sebutan bahasa JEPUN: maka kebanyakkan perkataan dalam bahasa JEPUN boleh diaje dan ditulis dalam HIRAGANA. Namun jika hanya menulis dalam Hiragana ianya dianggap sangat lemah (budak tadika atau tahap sekolah rendah) maka campuran penulisan Hiragana+Kanji perlu ada. Ingat Hiragana hanya boleh untuk menulis perkataan-perkataan yang dicipta oleh bahasa Jepun itu sendiri.

Dalam Hiragana sendiri kita kena tahu akan berjumpa hampir 3 set huruf dan setiap perkataan tidak boleh disamakan dengan huruf-huruf Roman iaitu A, B, C, D atau huruf-huruf Vokal; A, E, I, O and U; kerana huruf dalam bahasa Jepun adalah penghasilan bunyi Basic Hiragana seperti, SA, SE, SU, SI dan SO sebagai contoh; kemudian dengan penambahan beberapa bunyi yang seakan-akan maka lahir lagi huruf-huruf tambahan seperti NYA, NYU, dan NYO yang dikenali sebagai Combo Hiragana dan kita juga akan belajar tentang huruf-huruf Dakuten seperti PA, PI, PU, PE, dan PO.

* Cikgu cakap benda yang paling penting kena ingat adalah cara garis-garis huruf. Yang mana dulu yang mana kemudian. (Pada awalnya rasa tak penting...cuma tulis aje tapi bila dah masuk Katakana.... sendiri tak boleh bezakan huruf apa yang ditulis) maka kalau ada yang baru nak belajar jangan jadi macam saya. Bukan hanya perlu kenal, hafal bentuk setiap huruf tapi belajar jugak tertip garis yang membentuk huruf.

Sebelum Tulis Menulis, Yuk Mengenal 4 Tipe Aksara Dalam Bahasa Jepang

Kenapa saya suka? ia mengingatkan saya bagaimana saya belajar huruf-huruf Roman; A untuk Ayam, B untuk Bola etc. ianya comel dan membantu kita mengenal dan mengingati nama-nama asas dengan huruf-huruf dalam Hiragana.

Warna

Print dan tampalkan gambar dibawah ini jugak dapat membantu anda mengenali huruf-huruf hiragana. Google aje Hiragana Table berbagai bentuk dari gambar idol sehingga watak cartoon yang comel-comel.

Jangan paksa diri anda menghafal semua bunyi dalam hiragana. Pada saya yang penting anda tahu ini adalah huruf hiragana. kerana selepas ini anda perlu menulis dan belajar beribu-ribu perkataan Jepun dan ianya akan melekat dalam ingatan anda satu hari nanti.

Huruf Hiragana Jepun, Cara Membaca, Menulis, Belajar Menyebut Dengan Betul

Pada mulanya cikgu saya mengasingkan latihan menulis asas Hiragana dan huruf-huruf tambahan (dakuten dan combo) supaya anak muridnya yang seorang ini tak pening namun saya rasakan apabila cikgu saya mengajar Katakana bersama dakuten serta combo; ianya lebih mudah dan senang untuk di ingat. Namun apalah sangat merasa azab yang saya rasa kalau tidak dikongsi bersama. Kepada rakan2 yang nak belajar menulis bahasa Jepun nie apa kata minggu ke 2 baru kita kenal dan belajar tentang