Hukum Orang Tidak Faham Bahasa Arab Panduan dalam Konteks Agama

Assalamualaikum para pembaca..! Penulis mengucapkan selamat datang ke laman blog ini. Terdapat 49 dalil-dalil (ayat) al-Qur'an yang diguna untuk tujuan menerangkan wajib kita faham bahasa al-Qur'an, oleh demikian Penulis berharap pembaca dapat membaca tulisan dalam blog ini perlahan-lahan agar dapat faham tujuanNya.

1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

-Orang Tidak Faham Bahasa Arab Panduan Dalam Konteks Agama title= style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQim1qmiBI4dkNcRwphB2E8G-kXOEPwBUPG2mWhqCIrzRnZFq-ud1jyT80zg7CjBV-M8D4&usqp=CAU'; />

1. Alif, Laam, Miim, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

Topik 6 Metode Ideal Mentafsir Al Qurandan Terjemahan Al Quran

Apa yang berlaku pada hari kini, membaca al-Qur'an adalah amalan harian bagi kebanyakkan kaum Muslimin tetapi ada satu persoalan yang amat pentingyang perlu dijawab.....? Kebanyakkan kita (umat Islam) ketika membaca al-Qur'an sebenarnya tidak memahami apa yang kita baca..!. Mengapa ini terjadi..? Jawapan yang paling biasa kita dengar adalah bahawa, kita bukan berbangsa Arab, maka mana mungkin kita boleh memahami bahasa Arab al-Qur'an tanpa mempelajari Nya.?.

Entah bagaimana, terdapat guru agama/al-Qur'an (terutama di Malaysia dan di beberapa negara lain di Asia) mempercayai bahawa membaca al-Qur'an tanpa memahami pengertian ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Qur'an (teks al-Quran) tersebut, si-pembaca masih akan diberi ganjaran (pahala) oleh Allah SWT. Malah, menurut mereka, Allah akan memberi ganjaran (pahala) sebanyak sepuluh (10) kali ganda bagi setiap abjad (huruf tulisan Arab) ketika ia membaca ayat-ayat al-Qur'an tersebut. (memang terhadap hadith mengenai pahala membaca al-Qur'an).

Berlawanan dengan fahaman yang dinyatakan tadi, terdapat juga guru-guru agama/al-Qur'an yang berpendapat sebaliknya. Mereka berpendapat, jika kita membaca al-Qur'an tanpa memahami maknanya, kita bukan sahaja tidak akan mendapat apa-apa ganjaran (pahala), malah al -Qur'an (maksudnya, PenciptaNya, ia-itu Allah) akan menlaknat kita dan akan mengambil perbuatan kita itu sebagai bukti terhadap diri kita pada hari kiamat nanti sebab kita tidakmeletakkan apa-apa usaha untuk cuba mempelajari dan memahami bahasa Arab al-Qur'an yang diturunkan dalam bahasa Arab.

Betul Ke Dakwaan Tiada Ayat Mengatakan Al Quran Perlu Dibaca Dalam Bahasa Arab, Hanya Faham Maksudnya?

Penulis tak berani membuat pendapat sendiri mengenai pahala membaca al-Qur'an sebab hanya Allah yang boleh menentukan tetapi ikut akal memang tak logik seorang itu membaca apa yang ia tidak faham tanpa usaha untuk belajar untuk memahami nya. Ini lah sebab utama mengapa Penulis memutuskan untuk menulis dan berkongsi dalil-dalil al-Qur'an yang sempat di pelajari berkaitan wajib kita faham bahasa Arab al-Qur'an terutama sekali untuk memberi kesedaran kepada orang-orang Islam yang berpelajaran.

Apabila kita melihat di dalam kamus Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/ Reading_ (process) , apakah yang di takrifkan dengan perkataan Membaca atau baca. Penjelasan yang berikut muncul :-

Membaca adalah satu proses kognitif kompleks simbol penyahkodan (decoding) untuk membina atau mendapat makna ( kefahaman membaca ) atau secara ringkas, membaca adalah satu proses di mana kita mendapatkan maksud atau dalam bahasa mudah, BACA UNTUK MEMAHAMI.....

Maksud Jahil Murakkab & Basith • Aku Islam

Bila kita guna kamus online Dewan Bahasa & Pustaka pula, ..Baca atau membaca di takrifkan sebagai …membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis...

A) seperti membaca sebuah buku berbahasa Korea, walaupun seseorang itu memahami simbol-simbol teks Korea tetapi tidak faham apa yang dia baca ....! Dari segi logik nya, adakah si-pembaca mendapat apa-apa faedah..? Sudah tentu tidak..!

C) bolehkah seorang guru mengajar ilmu sains dalam bahasa (sebagai contoh ...bahasa Korea) yang tidak boleh difahami oleh anak-anak murid nya? Apakah manfaat Nya? Budak-budak kecil yang membaca komik pun, juga mahu faham apa yang dia baca ! Biasa nya anak-anak kita yang masih belum boleh membaca, akan tanya jalan cerita nya.

Pejabat

Keistimewaan Belajar Bahasa Arab

Tetapi persoalan nya (seperti yang Penulis kata pada permulaan tulisan ini...mengapa bagi al-Qur'an, kita dibolehkan baca tanpa faham...? Kan pelik..? Siapakah yang mengeluarkan fahaman dimana membaca al-Qur'an tanpa memahami nya tak mengapa, malah masih dapat pahala..?

Jika niat si-pembaca adalah untuk menghafalterlebih dahulu ayat-ayat al-Qur'an dan kemudian mempelajari bahasa Arab al-Qur'an agar mereka boleh memahami apa yang mereka baca, kita boleh terima jawapan ini ....tetapi jika dia membaca al-Qur'an tanpa memahami apa yang dia baca dan TANPA USAHA UNTUK BELAJAR BAHASA AL-QURAN dan hanya menjadikan al Quran itu sebagai bacaan amalan harian (....yang lebih menakjubkan, boleh pulak memperuntukan masa nya dengan mempelajari tajwidnya (dari muda hingga ke tua...bertaranum dan sebagainya), sebenarnya dia tidak akan dapat menggunakan ilmu yang diturunkan oleh Allah dalam al-Qur'an.

Hukum-hukum al-Qur'an mesti diambil sebagai panduan kehidupan kita semasa didunia bertujuan, untuk buat persiapan bagi akhirat kelak..! Ini dinyatakan dalam beberapa ayat al-Qur'an..!

Panduan Asas Solat Fardu (langkah Demi Langkah)

Kita lihat apa yang terjadi sekarang, ......peperangan, orang Islam bermusuhan semasa sendiri, fitnah menfitnah dan sebagainya..! Perbuatan-perbuatan keji ini telah menjadi sebahagian kehidupan kita (...tanpa rasa takut akan dosa yang Allah janjikan bila kita ingkar..) dan kehidupan kita pula, tanpa mengikut hukum-hukum Allah.

Ada yang mengatakan kita mesti lihat pada realiti......seolah al-Qur'an itu sudah lapuk dan hukum-hukum Allah hanya boleh digunakan pada zaman Nabi sahaja dan bukan zaman sekarang..ia itu zaman dunia berteknoloji tinggi...??? Manusia tidak rasa takut akan amaran Allah kepada orang-orang yang ingkar (kafir) terhadap hukum-hukum Nya.

Belajar

Entah mengapa, banyak diantara kita yang boleh memperuntukkan masa untuk mempelajari kitab-kitab ulamak terkenal dan muktabar (..memang tidak salah dan Alhamdulillah, digalakkan...) tetapi pada masa yang sama, tidak memperuntukan masa untuk mempelajari bahasa Arab al-Qur'an untuk menjamin apa yang kita pelajari nanti (...termasuk buku-buku ulamak) mengikut hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Qur'an.

Penghayatan Islam Isl 1012

Mungkin ada yang akan berkata, Siapakah kita untuk mempersoalkan buku-buku ulamak muktabar..? Ini bukan isu mempersoalkan buku-buku ulamak muktabar (...para ulamak adalah perwaris Nabi dan lebih elok kita tidak mempersoalkan kewibawaan mereka..) tetapi yang menjadi persoalan nya... mengapa kita boleh memperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu yang ditulis oleh ulamak-ulamak muktabar TETAPI tidak ada masa untuk memperuntukkan masa untuk mempelajari bahasa Arab al-Qur'an yang dituntut oleh Allah..!

Mungkin kebanyakan orang akan berkata, Kita boleh baca terjemahanNya ..! PersoalanNya, adakah kita pasti bahawa terjemahanNya boleh menjelaskan maksud sebenar ayat al-Qur'an tersebut..? Lagi, adakah kita pasti yang kita akan melihat terjemahanNya pada setiap bacaan yang kita buat dan bolehkah kita kaitkan satu ayat dengan ayat yang lain tanpa bertaddabur (..menjawap persoalan melalui ayat-ayat Allah) sebab al-Qur'an diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibra'il secara berperingkat-peringkat kepada Nabi kita Muhammad SAW..?

Ya! al-Qur'an bukan sahaja satu panduan hidup bagi umat Islam tetapi iaNya adalah panduan hidup untuk manusia sejagat (mankind). Apa yang berlaku di dunia sekarang (..seperti yang dikatakan tadi ia-itu perperangan, fitnah memfitnah dan sebagainya....) adalah disebabkan manusia sejagat tidak menggunakan al-Qur'an sebagai panduan hidup. Mungkin kita boleh kata begitu kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri pun tidak mengunakannya. Malah ada orang Islam yang mengangkat atau memutabatkan undang-undang ciptaan manusia daripada hukum-hukum Allah. Ketika diakhirat nanti, apa Nabi akan kata mengenai umatNya..!

Belajar Bahasa Arab Al Quran Pdf

7:54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang menc`ipta dan mentadbirkan sekalian alam (manusia, jin dan sekelian yang melata)

Topik

7:52. dan Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) Yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami Yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang Yang (mahu) beriman .

7:51. (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan kami.

Sejarah Zaman Perundangan Islam

Kita kena faham ayat diatas bukan khas untuk orang Yahudi sahaja, tetapi kita juga kena lihat ayat tersebut mengikut realiti sekarang..! Terdapat juga orang-orang Islam sendiri menjadikan perkara agama sebagai hiburan yang melalaikan..! Perhatikan apa yang sedang belaku sekarang dan rumuskanlah sendiri..! Ini adalah satu perkara sensitif untuk dibincangkan.

41. Wahai Rasul Allah! janganlah Engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang Yang segera menceburkan diri Dalam kekufuran, Iaitu dari orang-orang Yang berkata Dengan mulutnya: Kami tetap beriman, padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang Yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) Yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya Yang sebenar. mereka berkata: Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka Terimalah Dia, dan jika tidak disampaikanNya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik. dan sesiapa Yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka Engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang Yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang besar.

Jika kita tidak faham apa yang Allah katakan di dalam al-Qur'an, ini bermaksud kita akan bergantung pada guru-guru agama dan al-Qur'an yang mungkin juga tidak memahami bahasa Arab al-Qur'an tetapi disebabkan sistem pengajian dinegara kita, guru-guru tersebut masih layak untuk mengajar al-Qur'an. Dengan bergantung kepada mereka, kita berkemungkinan mempersamakan diri kita dengan apa yang orang-orang Yahudi dan Kristian lakukan, kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada pendita-pendita mereka untuk semua perkara agama.! Bagi orang-orang Kristian, selagi mereka beriman bahawa Nabi Isa (Yesus) itu adalah anak Allah,

Tajwid

Nota Champion Plus Pendidikan Islam Kertas 1