Kajian ini adalah mengenai kajian yang mengkaji lima aspek bahasa yang meliputi bidang-bidang yang terdapat dalam linguistik iaitu bidang fonologi iaitu bidang yang mengkaji bahasa, morfologi yang merupakan bidang yang mengkaji pembentukan kata, sintaksis iaitu bidang yang mengkaji pembentukan ayat, bidang semantik yang perkaji mengenai aspek makna seterusnya bidang pragmatik yang mana melihat kesesuaian sesuatu bahasa digunakan dalam sesuatu keadaan. Oleh hal yang sedemikian, pengkaji telah memilih dialek Kelantan sebagai bahasa yang akan dikaji dan bahasa standard merupakan penanda aras dalam membuat kajian ini. Responden yang dipilih untuk menjayakan kajian ini merupakan pensyarah UM yang mana dialek Kelantan merupakan bahasa pertuturannya di rumah dan telah tinggal di kawsan kajian lebih daripada sembilan belas tahun.
Kajian ini akan mengkaji mengenai dialek kelantan yang dituturkan oleh penutur natif yang berasal dari negeri Kelantan dengan membincangkan beberapa aspek bahasa yang utama iaitu dari sudut fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Fonologi ialah kajian mengenai bunyi bahasa yang mana kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa, morfologi pula melihat dari aspek struktur kata, binaan kata, bentuk kata, dan golongan kata dialek Kelantan tersebut. Seterusnya aspek sintaksis merupakan kajian mengenai pembinaan ayat, semantik merupakan bidang ilmu mengenai kajian atau analisis makna yang melibatkan makna secara sinkronis dan aspek yang kelima iaitu pragmatik merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi penggunaan struktur bahasa sebagai alat perhubungan antara dua hala iaitu penutur dan pendengar sama ada komunikasi lisan atau bukan lisan. Lima aspek ini dikaji menggunakan pengaplikasian komputer seperti aplikasi “antconc” untuk menganalisis jumlah data linguistik, dan menggunakan perisian “soundcloud” untuk simpanan audio, perisian “survey monkey” untuk membuat kaji selidik latar belakang responden/sample kajian. Seterusnya hasil dapatan kajian yang diperolehi akan dipaparkan menerusi laman youtube untuk dipaparkan pula pada blog “wordpress”.

Aplikasi dalam kajian Linguistik bertujuan untuk memperkenalkan para pelajar mengenai pengaplikasian komputer dalam kajian Linguistik. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti aspek Linguistik yang terdapat dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan dan membuat perbandingan antara dialek tersebut dengan bahasa Melayu standard. Kajian ini dilakukan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk mengetahui masalah yang timbul dalam sebutan, beberapa aspek proses mengkaji morfologi juga perlu diberi perhatian iaitu mengkaji mengenai penggunaan imbuhan seperti imbuhan awalan dan akhiran yang dihadapi oleh penutur dialek Pasir Puteh , Kelantan. Selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji permasalahan mengenai pembentukan kata yang terbentuk dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan yang bercanggah dengan bahasa Melayu standard. Perbezaan dari segi semantik juga akan dilihat sama ada wujudnya perbezaan semantik antara dialek yang dikaji dengan bahasa Malaysia Standard atau tidak. Oleh itu, kajian ini juga akan menumpukan terhadap penggunaan pragmatik iaitu untuk melihat cara penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan menggunakan dialek tersebut mengikut situasi yang sesuai seperti kata panggilan keluarga atau sebagainya. Hal ini menimbulkan pemasalahan kerana mengkin terdapat pelbagai perbezaan aspek Linguistik antara dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Kajian ini juga dilakukan oleh penduduk asal Pasir Puteh yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya. Kajian-kajian mengenai dialek Kelantan banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas, namun kebanyakkan mereka tidak menyentuh mengenai dialek Pasir Puteh, Kelantan. Contohnya kata panggilan kekeluargaan masyarakat Melayu Kuala Krai, Kelantan yang ditulis oleh Nor Kasmaliza Binti Bonia (2008), Kesopanan Berbahasa dalam komunikasi dialek Kelantan : Segman apa khabar orang kampung kita (AKOK) dalam radio Malaysia Kelant yang ditulis oleh Siti Zaleha Bt Mohd Nor (2010) dan analisis pola-pola pembentukan kata perkataan dalam sembang maya dialek Kelantan yang ditulis oleh Aminuddin Bin Othman (2010). Namun demkian, pengkajian secara khusus mengenai dialek Pasir Puteh, Kelantan masih tidak dilakukan. Hal ini menimbulkan kelompangan dalam kajian yang akan diisi oleh pengkaji.
Kajian pengaplikasian dalam komputer ini dibuat selama 14 minggu iaitu bermula pada minggu pertama perkuliahan sehinggalah pengahiran kursus ini. Antara kepentingan yang boleh dikenal pasti dalam kajian ini ialah masa untuk untuk data kajian daripada responden boleh dibuat sepanjang perkuliahan. Namun begitu, terdapat beberapa pemasalah yang perlu diatasi iaitu masa lapang pengkaji dengan responden kadang kala bercanggah. Hal ini menyebabkan pengkaji sukar untuk mendapatkan maklumat dalam masa yang singkat. Kekangan-kekangan seperti ini sedikit sebanyak menyukarkan pegumpulan data daripada resonden.
Kesopanan Berbahasa dalam komunikasi dialek Kelantan : Segman apa khabar orang kampung kita (AKOK) dalam radio Malaysia Kelantan yang ditulis oleh Siti Zaleha Bt Mohd Nor (2010).
Pdf) Metaphor And The Representations Of Health And Illness Among The Semai Indigenous Community In Malaysia
4. Apakah makna disebalik perkataan, frasa, dan ayat yang diujarkan oleh penutur natif dialek Pasir Puteh , Kelantan yang mempunyai makna yang tersendiri.
Kajian ini ialah kajian tentang pengenalan kepada pengunaan atau aplikasi komputer dalam linguistik dan kajian bahasa. Kajian ini hanya tertumpu kepada penutur dialek Pasir Puteh, Kelantan yang menggunakan dialek tersebut sepenuhnya. Dalam konteks kajian ini, sasaran yang dipilih adalah responden yang menjadi penduduk asal bagi daerah tersebut. Seorang responden dipilih untuk dikaji daripada pelbagai aspek yang terdapat dalam Lingustik yang meliputi aspek Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik dan Pragmatik. Setiap aspek tersebut mempunyai soalan-soalan yang berbeza bagi memudahkan kajian dijalankan mengikut kesesuaian aspek-aspek tersebut.
Kesimpulannya, kajian ini akan memperlihatkan persamaan atau perbezaan dari segi sebutan, pembentukan kata, tabahasa, makna kata dan juga penggunaan bahasa pasa sesuatu situasi antara dialek Kelantan dan Bahasa Melayu baku.
Flipping Book Full
Metodologi penyelidikan bertujuan untuk mendapatkan data hasil daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Dalam kajian ini, responden dikaji mengenai lima aspek bahasa yang digunakan oleh penutur dialek Pasir Puteh, Kelantan. Pengkaji akan menggunakan kaedah seperti memilih lagu dikir barat yang dinyanyikan dalam dialek Kelantan.

Dalam kaedah ini, pengkaji memilih seorang responden yang berasal dari daerah Pasir Puteh, Kelantan. Pemilihan responden dibuat secara teliti. Dalam pemilihan responden, pengkaji akan memastikan bahawa responden tersebut telah dilahirkan dan menetap di daerah tersebut sejak lahir iaitu tinggal di Pasir Puteh hampir 19 tahun tanpa keluar dari Kelantan. Sekarang beliau telah menjadi seorang pensyarah di Universiti Malaya tetapi masih menggunakan dialek Kelantan dalam lagu dikir barat responden.
Semasa proses memilih lagu dijanlankan, pengkaji merakam lagu yang dinyanyikan oleh responden dalam lagu dikir barat responden tersebut. lagu dikir barat dirakam dengan menggunakan alat perakam dan telefon bimbit.
Vocab.txt · Stevenlimcorn/melayubert At Be522cff4a2bf65a839babd232e45414563d1361
Responden yang dipilih merupakan seorang penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan yang mengajar di Universiti Malaya. Responden telah menetap dikawasan kajian iaitu di Pasir Puteh selama 19 tahun.
Berdasarkan data yang dikaji melalui sampel kajian, beberapa alatan dan medium dalam perisian komputer telah digunakan untuk melengkapkan lagi kajian. Antara perisiannya ialah seperti :
Suara responden akan dirakam dan kemudiannya akan diedit dengan menggunakan perisian Audacity. Rakaman suara yang telah siap diedit akan ditranskripsikan ke dalam bentuk teks. Selepas itu, transkripsi fonetik akan dilakukan untuk mendapatkan perubahan Bahasa Melayu kepada dialek Pasir Puteh, Kelantan bagi menentukan perbezaan antara dialek tersebut dengan Bahasa Melayu standard.
Pdf) The Importance Of Arabic Grammar In Memorising The Quran
Dalam melaksanakan kajian perbezaan dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard terdapat beberapa proses dijalankan merangkumi aspek linguistik yang diberi perhatian dalam kajian pengkaji iaitu aspek sebutan(fonetik), pembentukan kata(morfologi), pembentukan ayat (sintaksis), makna kata (semantik) dan pemilihan kata yang digunakan dalam situasi kata kata panggilan keluarga dan sebagainya (Pragmatik).
– leksikal pilihan dalam kategori Kata Nama dan Kata Kerja akan dianalisis dari aspek makna kata dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.
– Antara perkara yang diambil perhatian dari aspek pembentukan frasa dan ayat ialah penggunaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa keterangan yang ada digunakan dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan

Kesan Dasar Pengajaran Matematik Dan Sains ...
– Leksikal pilihan dalam kategori frasa tersebut akan dianalisis dari aspek pembentukan frasa dan ayat dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.
– Leksikal pilihan dalam kategori Kata Ganti Nama dan Kata Panggilan Keluarga dalam konteks tidak formal akan dianalisis dari aspek pragmatik dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.
Kesimpulannya, metodologi yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kesesuaian dengan perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih metod-metod yang bersesuaian agar hasil yang diperolehi tidak dapat dipertikaikan. Selain itu, responden yang dipilih memudahkan pengkaji dalam membuat kajian dan selaras dengan objektif kajian. Metodologi kajian dan responden yang terlibat adalah penting kerana kedua-duanya merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah penyelidikan pengkaji.
Dewan Bahasa Dan Pustaka View Berita Dbp
4.1 Pengenalan Bagi setiap kajian, bahagian dapatan kajian ini merupakan antara bab yang penting kerana di bahagian ini, segala dapatan kajian akan ditunjukkan. 4.2 Dapatan Kajian Dapatan kajian merupakan hasil daripada kajian yang didapati oleh pengkaji mengenai sesuatu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapatkan dapatan mengenai lima aspek linguistik yang terdapat dalam dialek Kelantan iaitu aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat atau tatabahasa, semantik dan pragmatik.

4.2.2 Lampiran sinopsis ” Bangkit Asal” Dalam lagu ini, penutur memberi gelaran kepada diri beliau sebagai Halim bin Yazid bin Awang Teh yang berasal dari kampung Canggai dalam daerah pasir puteh. Beliau dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun beliau hidup dalam kemiskinan. Semasa kecil beliau hanya makan nasi dan kalau mempunyai sekerat ikan pun beliau terpaksa membahagikan kepada dua. Di dapur beliau hanya mempunyai garam dan jarang sangat mempunyai gula.malam beliau hanya minum air perigi. Ibu beliau selalu merebus ubi untuk beliau jadikan sebagai bekal dan ibu beliau selalu berpesan kepada beliau supaya belajar rajin-rajin. Masa beliau 7 tahun, beliau pun mula bersekolah. Satu kelas merangkumi pelajar dari 3 buah kampung. Cikgu ramai yang memuji beliau dengan mengatakan hati beliau cerah kerana beliau hanya mencongak matematik sahaja. Walaupun beliau miskin tetapi kemiskinan tidak menghalang beliau belajar dan menjadi pelajar yang bijak Masa sekolah menengah beliau belajar di sekolah Tok Janggut. Beliau malu kerana beliau
Komentar