Dooh dalam Bahasa Kelantan Ungkapan Tempatan Tentang Penipuan Dalam Bahasa Kelantan

Bahasa Kelantan, ata istiloh laingnyo kecek Kelate merupoke bahaso ore hok duduk kak Kelate, Malaysia. Iyo, bena sungguh ni bahasonyo Tengku F**kry, hok doh tekena kak serato dunio sebak sekso Manohara, gadih Indon hok nok pulok dikawini Tengku Fakhry, padoha sokmo ore doh tau Tengku Fakhry tu jahaknyo minto ampung, rupo pong buruk lagu tu. Sebak ore Kelate ni sokmo lidohnyo pendek, ditamboh lagi kusuk pulok lidohnyo (mungking terlalu banyok make budu). Pasa tu jugok ore Malaysia hok duduk kak negeri laing susoh nok reti kecek Kelate. Apolagi ore Indon.

Nok belaja kecek Kelate ning banyok sungguh perubohenyo. Mungking kalu nok belaja kecek Kelate baru mahir sesudoh hapi mati. Gapo dio sajo perubohenyo?

KELANTANESE:Dalam Bahasa Kelantan Ungkapan Tempatan Tentang Penipuan Dalam Bahasa Kelantan title=KELANTANESE: BAHASA ORANG KELANTAN style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRaLpHmCbI_7fiwknrhqVXdbm7YhsaKwh5ZTmOf5vNRcWfTBr_cmGGcIsEQ_uyXJPUyLSM&usqp=CAU'; />

Pelakun dan pengarah drama tv, T.S .Jeffry yang berasal dari Tendong, Pasir Mas adalah contoh Cina Kampung/Cina kelahiran Kelantan yang menguasai loghat Kelantan seperti Melayu Kelantan.

Mpu3213 Perbezaan Dialek Negeri Pahang Dan Negeri Kedah

Dalam berbahasa Inggeris pun akan ada lidah Kelantan dan mudah untuk orang Malaysia tahu bahawa yang dilawan bercakap dalam bahasa Inggeris itu adalah orang Kelantan.

Loghat Kelantan juga dituturkan di Besut dan Pulau Perhentian Terengganu di samping turut ditutur di beberapa dearah di Kedah seperti Baling, Sik dan Padang Terap.

Tidak ada catatan sejarah yang menunjukkan ianya bermula tetapi ia pastinya pecah-pecir kepada Bahasa Melayu yang mula dituturkan sejak lebih 1, 000 tahun yang lampau.

Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3

Bagi gantinama pertama 'ambo' dalam loghat Kelantan bagi 'saya/aku' turut menjadi ganti nama pertama bagi orang Acheh manakala 'demo' pula bagi ganti nama kedua 'awak'.

Ganti nama 'ambo' boleh bertukar kepada 'diri' atau 'kami' untuk ganti nama pertama 'saya/aku' bila penuturnya dalam keadaan marah dan bagi menunjukkan penuturnya tidak rasa gerun atau takut kepada regu lawan bercakap.

'Ebo' bagi 'hand ball' atau 'terkena tangan' merujuk kepada permianan bola, 'kona' bagi 'coner' atau 'membelok', 'eding' bagi 'heading' atau 'tandukan', 'lah' bagi 'last' atau 'akhir/penghujung'.

Bab 2 Pjj Upsi

Umpama 'bela' bagi 'pelihara'. 'Bela' dalam loghat Kelantan bermakna 'jimak', 'kopek' memberi makna 'payu dara/buah dada wanita', 'bujang' bermakna 'janda' atau 'pelacur', 'burit/buritan' memberi makna alat kelamin wanita.

Semasa berkunjung ke Kelantan, mereka dari keluar Kelantan hendaklah mengelak dari menggunakan perkataan-perkataan berkenaan supaya tidak dianggap 'tak reti baso' atau kurang sopan/kurang ajar.

Makna yang seerti dengan 'kopek' bagi loghat Kelantan ialah 'koyok' , yakni 'kupas' seperti kupas kulit limau dan sebagainya manakala bagi wanita yang belum kahwin/anak dara pula panggil 'anak mudo'.

Syafiqah Fam: Kenali Loghat Kelantan

Loghat Kelantan juga banyak meringkaskan perkataan. Misalnya 'dok' bagi 'tidak', atau 'bukan', 'dok eh' bagi menolak tuduhan, 'gi' bagi 'pergi', 'nga' bagi 'dengan', 'tok leh' bagi' 'tak/tidak boleh' , 'tok gi' bagi 'tak pergi' dan sebagainya.

Ada juga loghat Kelantan yang tidak ada langsung dalam bahasa Melayu standard seperti 'gon' yang bermaksud 'sewel', 'ngo' bagi yang bermaksud tidak berapa cerdik, 'bada lahun' bagi yang berperangai macam lembu kenyang/bangang.

'Gelenyar' bagi wanita yang mengada-ngata atau lelaki yang suka kacau wanita, 'gatal bian/gatal puki' bagi wanita gatal, 'kerotok' bagi rambut yang terlalu kerinting. Satu lagi perkataan seakan 'gelenyar' adalah 'geletah' dan hanya khusus untuk orang perempuan, terutama yang masih anak dara.

Aplikasi L Bahasaȱ

'Parok' bagi 'teruk', 'cepuah/kelanghin' bagi 'tidak kemas', 'dopot' bagi 'pendek', 'pandak' bagi 'pendek', 'pandak kketihk' bagi 'pendek benar', 'tupo gelebek' bagi 'tumpul benar', 'setetet' bagi 'sedikit sangat', 'ddarat' bagi kampung dan macam-macam lagi.

Loghat Kelantan juga menggunakan sabdu untuk ringkaskan perkataan, misalnya 'mmano/nak gi mano?' bagi maksud pertanyaan nak ke mana, 'kkedai? bagi pertanyaan nak ke kedai ke?

Ianya akan jadi jawapan bagi sesuatu pertanyaan pula. Misalnya 'bbaroh' bagi jawatan ke baruh untuk pertanyaan nak ke mana dan 'kkedai' bagi jawapan nak ke kedai.

Bahasa

Pdf) Dialek Terengganu Dalam Penyampaian Dakwah: Analisis Sosiokognitif (terengganu Dialect In Preaching Of Da'wah: A Socio Cognitive Analysis)

'Ssajo' bagi hanya duduk-duduk sahaja tanpa buat apa-apa/lepak bagi jawapan kepada pertanyaan sedang buat apa atau 'ddarat' bagi jawapan balik kampung bagi pertanyaan hendak ke mana, 'dok ssorang' bagi jawapan belum kahwin kalau ditanya sudah kahwin ke belum, 'dok ssajo' bagi belum bekerja.

Loghat Kelantan juga banyak menggunakan bahasa berganda bagi menunjukkan sangat, misalnya 'kelat kacu' bagi 'kelat sangat', 'pahit lepan' bagi 'pahit sangat', 'masan reban/masan pprurit' bagi 'masam benar', 'merah meran/merah menyela' bagi 'merah benar', 'tawa ebe' bagi 'tawar benar'.

'Manis lletin' bagi 'manis benar', 'masin pperat' bagi 'masin benar', 'putih suih/putih luih/putih jelepok' bagi 'putih benar', 'biru ketu' bagi 'biru benar', 'kuning ddehen' bagi 'kuning benar'.

Bahasa Kelantan Bahasa Gua,jangan Guna Tiada Siapa Faham!'

'Iija pekok' bagi 'hijau benar', ' 'hitam llengit/hitam legan/hitam macam patat kuali' bagi 'hitam benar', 'kelabu katu' bagi 'kelabu sangat/tidak jelas', 'maha mace bedil' bagi 'mahal sangat', 'pandak/pendek kketih' bagi 'pendek sangat', 'tinggi llayur/kurus llayur' bagi 'tinggi sangat/kurus sangat'.

'Busuk kohong/busuk pahit' bagi 'busuk sangat', 'uduh kopeng' bagi 'hodoh sangat', 'comel lloten' bagi 'cantik sangat', 'kenye bboyih' bagi 'kenyang benar', 'gemut gedebot' bagi 'gemuk benar'.

'Sat Ggoba' bagi 'jangan bimbang', 'dan kawe adat gat' bagi 'bila saya sanggup buat', 'sat dok gege' bagi 'jangan sibuk', 'gocoh' bagi 'tumbuk', 'tenyar' bagi 'tendang', 'kadas' bagi 'bantah/halang'.

Tolong Jangan Judge Kami Budak Kelantan

'Cendih/doge' bagi 'tendang ke arah belakang', 'nnakut' bagi 'penakut', 'nnakut ebe/nnakut banga/nnakut apas' bagi 'penakut benar', 'tak lekat unjat' bagi 'tak lekat ikrar/tak tak boleh pegang janji', 'pelawok banga/belawok' bagi 'bohong/tak tepat janji'.

'Nyaknyo' bagi 'kesian/niaya', 'gaduh/lorat' bagi 'sibuk', 'ggaduh' bagi 'terlalu cepat/tak menyempat', 'bbaloh' bagi 'bergaduh', 'ddebe' bagi 'berani', 'gedebe' bagi 'samseng', 'bbekwoh' bagi 'kenduri'.'

Depankanta.blogspot.com:

'Tahok/tohok' bagi 'buang', 'petkong' bagi 'lontar', 'rukah' bagi 'panjat', 'ungga' bagi 'berlari', 'cuwoh' bagi 'curah', 'tujah' bagi 'terjah', 'rohok' bagi 'payah', 'getek/etek' bagi 'juga/lagi', 'tepoh' bagi 'langgar', 'tubik' bagi 'keluar', 'pong' bagi 'ampu', 'genyih' bagi 'tenyih', 'berolok' bagi 'berombak kecil'.

Sindiket Penipuan Kerja: K'jaan Pastikan Mangsa Dibawa Pulang Dengan Selamat

'Rokrak' bagi merujuk kepada lelaki dan wanita jenis kurang bermoral, 'rutrit' bagi rasa tidak selesa, 'bbulu' bagi 'berbulu', 'jilah' bagi 'cerah/terang/jelas', 'tak pina' bagi 'tak jelas', 'tok rok/tok cekat' bagi 'tak larat/letih', 'cedas' bagi laju/pantas', 'tak lapar peda' bagi 'tak pelahap'.

'Dekpon/dokpon' bagi 'kalau ya pun/kalau dah macam tu', 'kuca haya/kkaca bara' bagi 'tidak tersusun', 'kuca/kaca ganyoh' bagi 'tergesa-gesa', 'cas ligat' bagi 'cergas/cekap', 'mmuta ligat' bagi 'berpusing dengan kuat/ligat', 'selu selan/tebulas' bagi 'gelojoh/gopoh/gelabah', 'sokmo' bagi 'selalu/lazim', 'gomo' bagi 'lakukan dalam keadaan apa sekali pun'.

'Ketcuk' bagi 'terhinjut-hinjut', 'reyok' bagi 'condong', 'nnetin' bagi 'melambung', 'bbera' bagi 'terburai', 'cebok' bagi 'cedok', 'celabak' bagi 'jatuh dengan banyak, umpama buku jatuh dari atas rak', 'menonggeng nyior' bagi 'jatuh menonggeng', 'bok' bagi 'gemuk' , 'mononye' bagi 'memek muka menanggung malu dengan hidung tercengek-tercengek menahan bau yang tidak selesa', 'menganyin' bagi 'mengejek'.

Kelantanese: Bahasa Orang Kelantan

Bagi buah pula, loghat Kelantan menyebut 'topoh' bagi 'epal', 'jabit/zabit' bagi buah 'anggur', 'moktan' bagi 'rambutan', 'duyan' bagi 'durian', 'macan' bagi 'bacang', 'sseto' bagi 'manggis'.

Bagi binatang, loghat Kelantan panggil 'kuba' bagi 'kerbau', 'bbiri' bagi 'kambing biri-biri/bebiri', 'aso' bagi 'angsa' , 'anyin' bagi 'anjing' manakala ikan pula disebut 'ikan ayo' bagi ikan 'tongkol' 'ikan keghone' bagi 'ikan senangi',

Untuk botol, loghat Kelantan sebut 'jebo', 'gadan/badan' bagi 'nyiru', 'gurah' bagi 'guli', 'bbidas' bagi 'lastik'. 'Bbidas' juga dirujuk kepada 'anjalan', 'sike' bagi seriau', 'serban' bagi 'kebas', 'tok leh nok ok' bagi 'tak boleh nak tahan', 'beraso/ado ra' bagi 'nak/beringinan yang tidak boleh ditahan-tahan', 'tak leh tebeng' bagi 'tak boleh tahan rasa geram'.

Pdf) Satu Tinjauan Terhadap Ungkapan Makian Dan Ke(tidak)santunan Dalam Interaksi Internet [deraf]

'Cocoh jilat' bagi 'tidak bersungguh/tidak istoqamah/tidak tetap pendiri an', Bbobe/celebe/mengepek' bagi 'membebel', 'senyat kotel' bagi 'diam membisu', 'gege' bagi 'bising/kalut', 'kekan' bagi 'kangkang', 'jakoh' bagi 'jangkah/langkah', 'gendo' bagi membonceng atau membawa anak kecil dengan meletak atas belakang dan berpaut pada tengkok, 'buwi' bagi 'beri', 'kelik' bagi 'balik'.

-

Dalam loghat Kelantan ada perkataan walaupun bunyi kasar yang boleh menjadikan tanda mesra dan boleh jadi suatu herdikkan jika penuturnya dalam keadaan marah.

Mislanya 'cis menatang ni idup lagi, bila nak mampus nyo' atau 'Cis engakau, hidup lagi rupanya, bila nak mati' yang diungkap oleh seorang rakan paling akrab terhadap rakan yang lama tidak dijumpai. Ianya adalah suatu gurauan tanda mesra.

Pro Siding Seminar I Cd Is

Tetapi kalau diucapkan kepada orang yang belum dikenal, yang baru kenal atau lama kenal tetapi tidak mesra, ianya boleh robok (bengkak/pecah) muka kena gocoh dan dianggap ungkapan kurang ajar.

Ganti nama orang pertama 'aku' dan gantinama orang kedua 'mu' bagi yang belum kenal adalah dianggap kurang sopan dan kurang ajar. Gantinama yang paling sesuai bagi 'aku' adalah 'kawe' dan 'mu' pula 'demo' kalau usia sebaya.

Kalau yang dilawan bercakap usianya lebih tua, adalah dianggap sopan kalau 'aku' diganti dengan 'ambo' atau 'kite' manakala bagi 'mu' diganti dengan 'abe' kalau ianya lelaki dan 'kakwan' kalau ianya perempuan, 'budak awe' bagi budak lelaki dan 'budak mek' bagi perempuan.

Conquer! Bahasa Melayu Tingkatan 3

Bagi yang berketurunan 'Wan', 'Nik', 'Tuan', 'Tengku', 'Ku' atau 'Haji' adalah dianggap tahu adat dan beradat kalau 'mu' diganti dengan 'wan' bagi yang berketurunan 'Wan', 'paknik/nik' bagi yang berketurunan 'Nik', 'ku' bagi yang berkerurunan 'Tengku/Ku', 'tuan' bagi yang berketurunan 'Tuan' dan 'aji' bagi yang sudah naik haji.

Bagi bagi ganti nama 'aku' bila bercakap dengan yang berketurunan Wan dan Tuan dan dengan yang sudah naik haji ialah 'ambo' manakala bagi dengan yang berketurunan Nik, Tengku dan Ku menggunakan 'tteku' dan dianggap lebih beradat dan tahun adat kalau gantinama 'aku' diganti dengan 'patik' bila bercakap dengan dengan mereka yang beketurunan Tengku atau Ku, lebih-lebih lagi kalau yang masih lagi pada label kerabat begelar.

Dalam pada itu loghat Kelntan sendiri ada perbezaan sebutan antara daerah-daerah tertentu. Ada sesetengah daerah sebutan bagi perkataan yang berakhir dengan 'an', 'am', 'ang' akan disebut dengan 'e' dan 'o'. Misalnya 'ike' bagi 'ikan', 'kace' bagi 'kacang', 'ude' bagi 'udang', 'tero' bagi 'terung', 'buro' bagi 'burung' yang mana sebutan keluar di hujung lidah.

Pro

Jenis Jenis Makna

Sebutan jenis ini menjadi bunyi sebutan bagi penduduk jajahan Kota Bharu, paling khusus di sekitar Kampung Beta, Kedai Piah, Kemubu dan Kubang Gendang sebelah Jajahan Pasir Mas yang dipisahkan oleh Sungai dengan kemubu.

Bagi membezakan orang asal bandar Kota Bharu atau di pinggir bandar atau yang asaldari