Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai satu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik dan merupakan sesuatu yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna tanpa unsur makna.
Semantik merupakan kajian yang berkaitan dengan makna kata atau ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Pada hari ini penutur sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur lain. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat dalam bahasa. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.
Kelantan - Diam Dalam Bahasa Kelantan Kedalaman Makna Dalam Keheningan title=Kamus Loghat Kelantan style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSGQDPA79lhc6As0V40sdJhQ39g9g67a73Ui5aKRsbOfEitwT8Kowza45rNn3egvdCzshs&usqp=CAU'; />
Menurut Hipkiss kata semantik diambil dari kata Yunani iaitu Semaino yang bermakna menandai atau memaknai. Semantik adalah bahagian daripada bidang semantik yang lebih luas iaitu semiotics. Semantik juga bahagian yang membahas tentang simbol, tanda dan bahasa sebagai satu kesatuan sistem simbol. Bahasa awalnya merupakan bunyi-bunyi abstrak yang mengacu pada lambang tertentu. Lambang-lambang ini merupakan seperangkat sistem yang memiliki tataran dan hubungan tertentu, seperangkat lambang yang memiliki bentuk dan hubungan itu mengasosiasikan adanya makna tertentu (aminudin, 2003, 15).
Dewan Sastera Mei 2021
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengenal pasti perbezaan dialek daerah Kota Bharu, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard. Terdapat beberapa ayat dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan berbeza makna dengan Bahasa Melayu Standard. Antaranya ialah :
Perkataan ‘demo’ dalam dialek Kota Bharu, Kelantan merujuk kepada ganti nama diri orang kedua dan ketiga sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard demo merujuk kepada singkatan kepada perkataan demokrasi yang membawa maksud suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.
Perkataan ‘tino’ dalam dialek Kota Bharu, Kelantan merujuk kepada perempuan sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, tino merujuk kepada betina iaitu antonim kepada jantan. Selalunya perkataan ini diguna pakai pada gender binatang atau benda yang tidak hidup. Jika perkataan ini diguna pakai untuk manusia ia akan memberi maksud yang negatif.
Bka Coursework 2
Perkataan ‘jate’ dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan merujuk kepada lelaki sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard jate adalah merujuk kepada jantan. Jantan merupakan kata yang berlawanan dengan betina. Selalunya perkataan ini diguna pakai pada gender binatang.
Perkataan ‘peghak’ dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan merupakan kata penguat dan ia disebut selepas kata masin. Ia biasanya disebut ‘masin peghak’ yang membawa maksud terlalu masin sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard perkataan ‘peghak’ apabila diterjemahkan menjadi ‘perap’. Perkataan ‘perap’ membawa maksud memerap bahan makanan seperti ikan dan daging dalam campuran seperti halia, kicap dan minyak sebelum dimasak.

Perkataan ‘kawe’ dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan merupakan kata ganti nama diri pertama iaitu merujuk kepada ‘saya’. Dalam Bahasa Melayu Standard, kata ‘kawe’ apabila diterjemahkan akan menjadi ‘kawan’. Perkataan ‘kawan’ boleh disama ertikan dengan rakan, sahabat dan teman.
Miqot No. Xxxvi No. 2 Juli Desember 2012 By Miqot: Jurnal Ilmu Ilmu Keislaman
Perkataan ambo dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan merupakan kata ganti nama diri pertama iaitu merujuk kepada ‘saya’, ‘aku’ atau ‘kawe’. Penggunaan kata ‘ambo’ ini sebenarnya berasal daripada perkataan Inggeris yang diMelayukan. Perkataan ini berasal daripada perkataan ‘Humble’ yang membawa maksud seseorang yang bersifat rendah diri.
Perkataan ambo dalam dialek daerah Kota Bharu, Kelantan merupakan kata ganti nama diri pertama iaitu merujuk kepada ‘saya’, ‘aku’ atau ‘kawe’. Penggunaan kata ‘ambo’ ini sebenarnya berasal daripada perkataan Inggeris yang diMelayukan. Perkataan ini berasal daripada perkataan ‘Humble’ yang membawa maksud seseorang yang bersifat rendah diri.
Komentar