Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi. Dialek Kelantan merupakan salah satu daripada variasi bahasa yang unik dan kaya terutamanya dari segi sebutan, kosa ilmu dan juga makna. Dialek kelantan merupakan dialek melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek melayu lain di Semenanjung Malaysia. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga banyak mempunyai perkataan yang berbeza.
Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:
Dalam Bahasa Kelantan Penggunaan Frasa Dalam Bahasa Tempatan title=BAB 4 style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQmC9q-EdLBCJIhaJhq2DTEfXmt7rTrF2TQsbtPrdI61arQDT-Yg4e_-cGZvn4J2JvpIvs&usqp=CAU'; />
Berdasarkan data yang telah dianalisis, pengkaji memperoleh beberapa contoh dialek Tumpat, Kelantan seperti yang terdapat pada jadual di atas. Terdapat beberapa proses fonologi yang terdapat dalam dialek ini seperti proses pengguguran fonem, penggantian fonem dan sebagainya lagi.
Ujian Lisan/bertutur Bahasa Melayu Spm: Tips, Panduan, Peringatan
Pembentukan kata atau morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur kata, binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Unsur-unsur yang membina sesuatu kata dikenali sebagi morfem. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Namun, dalam analisis teks lagu dikir barat tersebut hanya terdapat satu proses morfologi iaitu penggandaan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat bentuk kata penggandaan dalam lagu dikir barat yang bertajuk tanam tembakau ini iaitu penggandaan penuh. Penggandaan penuh ialah proses pengulangan yang menyalin kesemua elemen yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:
Selain itu, terdapat juga kata ganda berentak atau pun juga dipanggil sebagai kata ganda berirama. Kata ganda ini ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contohnya:
Jom Belajar Loghat Kelantanese...
Selain daripada proses morfologi, aspek penggolongan kata juga turut dibincangkan dalam bidang ini. Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat kelas utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Berdasarkan kajian, dialek Tumpat Kelantan juga mempunyai banyak contoh-contoh golongan kata seperti yang terdapat dalam lagu dikir barat yang dijadikan sampel kajian. Contohnya seperti yang terdapat dalam jadual di bawah:
Aspek morfologi yang seterusnya ialah pembentukan leksikal baharu yang terdapat dalam dialek Tumpat Kelantan. Dalam lagu dikir barat yang dijadikan sampel kajian pengkaji, terdapat beberapa contoh leksikal baharu. Contohnya seperti yang terdapat dalam jadual di bawah:
Berdasarkan dapatan kajian ini, jelaslah terdapat aspek-aspek morfologi dalam lagu dikir barat dialek Tumpat Kelantan. Antaranya ialah penggandaan, pembentukan leksikal baharu dan aspek penggolongan kata. Melalui aspek-aspek ini, lagu dikir barat akan menjadi lebih menarik serta mampu difahami oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari dalam dan luar negeri Kelantan.
Ambo Oghe Kelate
Menurut Nik Safiah Karim (2008), pembentukan ayat ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Menurut beliau lagi, pembentukan ayat juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Nama lain untuk pembentukan kata ialah sintaksis. Salah satu kerangka teori dalam bidang sintaksis yang diasas oleh Chomsky(1995) ialah teori minimalis. Program ini mengandaikan bahawa maklumat morfem sesuatu perkataan dicirikan dalam bentuk fitur dan fitur ini perlu disemak dengan cara yang betul.
Ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Terdiri daripada empat jenis, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Contoh yang terdapat dalam data kajian:

Buku Pembelajaran Tatabahasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
Makna merupakan kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228). Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
Dalam kajian dialek Tumpat Kelantan, pengkaji mendapati terdapat beberapa kata dalam dialek yang mempunyai perbezaan makna dengan bahasa Melayu standard. Antaranya ialah biso, gaduh, pitah, kigho, loghat, dan juga tebaka.
Kelantanese: Bahasa Orang Kelantan
Dalam bahasa Melayu standard (BMS), perkataan biso/ bisa membawa makna racun sedangkan dalam dialek Tumpat Kelantan perkataan ini membawa maksud hebat atau pun bagus.
Untuk perkataan gaduh pula, dalam bahasa Melayu standard membawa makna perlakuan negatif iaitu bergaduh atau bertumbuk. Manakala dalam dialek Tumpat Kelantan pula perkataan ini membawa makna cepat atau pantas.

Bagi bahasa Melayu Standard, perkataan ini membawa maksud memintas atau pun melalui jalan yang singkat. Sedangkan dalam dialek Tumpat Kelantan perkataan ini membawa maksud kejar.
Pdf) Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa Dalam Rencana Akhbar
Dalam bahasa Melayu standard, perkataan kigho/ kira membawa makna sesuatu perbuatan menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain. Manakala dalam dialek Tumpat Kelantan pula membawa makna hirau atau peduli.
Kata loghat dalam bahasa Melayu standard membawa makna variasi unik pada bahasa pengaturcaraan yang membezakannya daripada bentuk baku bahasa tersebut. Contohnya dialek atau bahasa daerah. Manakala dalam dialek Tumpat Kelantan pula, perkataan ini merujuk kepada cepat atau tergesa-gesa.
Bagi bahasa Melayu Standard, perkataan ini membawa maksud sedang atau sudah dimakan api. Manakala dalam dialek Tumpat Kelantan pula, perkataan ini merujuk kepada sejenis pokok iaitu tembakau.
Kata Dan Frasa Bahasa Arab; Ilmu Sorof Moden (alasfiyaa)
Pragmatik menurut Kamus Dewan edisi keempat merupakan cabang linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi.
Dalam kajian dialek Tumpat Kelantan ini, pengkaji telah meneliti aspek pragmatik dengan memberi perhatian terhadap penggunaan kata ganti nama diri. Namun begitu, dalam data kajian, pengkaji mendapati hanya ada dua kata ganti nama diri iaitu kata ganti nama diri pertama dan ketiga. Contohnya seperti di bawah:
Berdasarkan contoh di atas, kata ‘oghe’ boleh merujuk kepada kata ganti nama diri yang pertama dalam dialek Tumpat Kelantan. Kata ini mempunyai banyak makna yang sama dalam dialek ini. Antaranya ambo, saya, kawe, kito dan sebagainya lagi. Manakala untuk kata ganti nama diri ketiga pula, kata ‘oghe’ ini merujuk kepada orang selain daripada dirinya sendiri atau orang kedua dalam sesuatu perbualan. Oleh itu, kata ini merujuk kepada orang ketiga yang tiada dalam perbualan tersebut. Untuk kata ganti nama diri pertama, penggunaan kata ganti nama diri pertama digunakan mengikut kesesuaian atau situasi. Sebagai contoh, kata oghe dan kito digunakan untuk bercakap dengan orang dewasa atau lebih berumur daripada penutur. Manakala kata kawe dan ambo pula digunakan apabila bercakap dengan kawan sebaya atau kawan rapat. Manakala kata saya pula digunakan untuk bercakap dengan orang yang baru kenal atau tidak rapat.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
Manakala kata oghe untuk kata ganti nama diri yang ketiga pula digunakan oleh sesiapa pun bagi menunjukkan orang lain. Contoh ayat yang menggunakan kata ini ialah:
Assalamualaikum.. Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan..semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada anda semua..sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri..sekian..
Dr_zul Syakirah Noruhayu Azrul Christine Zulyka Norazila Matthew Maziah Anati Maizatul Maulana Cykin Faisal Ong Amirah Azwani Sabariah Emida Fitri Fuziaty Naimah Nasuha Hanis Ayu Jijah Wani Pais Afaf Farhana Syahir Muaz Hafizah Aisyah Anbarasi Dayah Wahida Saidatul Fifi thamaraBahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai satu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik dan merupakan sesuatu yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna tanpa unsur makna.
My Travel: Loghat Kelantan
Semantik merupakan kajian yang berkaitan dengan makna kata atau ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Pada hari ini penutur sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur lain. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat dalam bahasa. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.
Menurut Hipkiss kata semantik diambil dari kata Yunani iaitu Semaino yang bermakna menandai atau memaknai. Semantik adalah bahagian daripada bidang semantik yang lebih luas iaitu semiotics. Semantik juga bahagian yang membahas tentang simbol, tanda dan bahasa sebagai satu kesatuan
Komentar