Bodoh dalam Bahasa Kelantan Penggunaan dan Konteks Dalam Bahasa Tempatan

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi. Dialek Kelantan merupakan salah satu daripada variasi bahasa yang unik dan kaya terutamanya dari segi sebutan, kosa ilmu dan juga makna. Dialek kelantan merupakan dialek melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek melayu lain di Semenanjung Malaysia. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga banyak mempunyai perkataan yang berbeza.

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.  Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:

SKBL2113Dalam Bahasa Kelantan Penggunaan Dan Konteks Dalam Bahasa Tempatan title=SKBL2113 style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT308gHu0EFzeOQHEwPJoVVb_suWfH084NBgJBWT9uu5e9qJf_ZLMluPCkI_AqNU5jLjwE&usqp=CAU'; />

Berdasarkan data yang telah dianalisis, pengkaji memperoleh beberapa contoh dialek Tumpat, Kelantan seperti yang terdapat pada jadual di atas. Terdapat beberapa proses fonologi yang terdapat dalam dialek ini seperti proses pengguguran fonem, penggantian fonem dan sebagainya lagi.

Pdf) Faktor Kewujudan Sinonim Dalam Bahasa Melayu Dan Arab: Satu Analisis Perbandingan

Pembentukan kata atau morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur kata, binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Unsur-unsur yang membina sesuatu kata dikenali sebagi morfem. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Namun, dalam analisis teks lagu dikir barat tersebut hanya terdapat satu proses morfologi iaitu penggandaan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat bentuk kata penggandaan dalam lagu dikir barat yang bertajuk tanam tembakau ini iaitu penggandaan penuh. Penggandaan penuh ialah proses pengulangan yang menyalin kesemua elemen yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

Selain itu, terdapat juga kata ganda berentak atau pun juga dipanggil sebagai kata ganda berirama. Kata ganda ini ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contohnya:

Unsur Unik Dialek Melayu

Selain daripada proses morfologi, aspek penggolongan kata juga turut dibincangkan dalam bidang ini. Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat kelas utama iaitu kata nama,  kata kerja,  kata adjektif dan kata tugas. Berdasarkan kajian, dialek Tumpat Kelantan juga mempunyai banyak contoh-contoh golongan kata seperti yang terdapat dalam lagu dikir barat yang dijadikan sampel kajian. Contohnya seperti yang terdapat dalam jadual di bawah:

Aspek morfologi yang seterusnya ialah pembentukan leksikal baharu yang terdapat dalam dialek Tumpat Kelantan. Dalam lagu dikir barat yang dijadikan sampel kajian pengkaji, terdapat beberapa contoh leksikal baharu. Contohnya seperti yang terdapat dalam jadual di bawah:

Berdasarkan dapatan kajian ini, jelaslah terdapat aspek-aspek morfologi dalam lagu dikir barat dialek Tumpat Kelantan. Antaranya ialah penggandaan, pembentukan leksikal baharu dan aspek penggolongan kata. Melalui aspek-aspek ini, lagu dikir barat akan menjadi lebih menarik serta mampu difahami oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari dalam dan luar negeri Kelantan.

Variasi Bahasa, Bahasa Isyarat

Menurut Nik Safiah Karim (2008), pembentukan ayat  ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Menurut beliau lagi, pembentukan ayat juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Nama lain untuk pembentukan kata ialah sintaksis. Salah satu kerangka teori dalam bidang sintaksis yang diasas oleh Chomsky(1995) ialah teori minimalis. Program ini mengandaikan bahawa maklumat morfem sesuatu perkataan dicirikan dalam bentuk fitur dan fitur ini perlu disemak dengan cara yang betul.

Ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),   frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Terdiri daripada empat jenis, iaitu ayat suruhan, ayat larangan,  ayat silaan dan ayat permintaan. Contoh yang terdapat dalam data kajian:

PDF)

Catatan Semantik Bmm 3111

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Makna merupakan kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228). Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Dalam kajian dialek Tumpat Kelantan, pengkaji mendapati terdapat beberapa kata dalam dialek yang mempunyai perbezaan makna dengan bahasa Melayu standard. Antaranya ialah biso, gaduh, pitah, kigho, loghat, dan juga tebaka.

Bahasa Kasar Filem Bunohan

Dalam bahasa Melayu standard (BMS), perkataan biso/ bisa membawa makna racun sedangkan dalam dialek Tumpat Kelantan perkataan ini membawa maksud hebat atau pun bagus.

Untuk perkataan gaduh pula, dalam bahasa Melayu standard membawa makna perlakuan negatif iaitu bergaduh atau bertumbuk. Manakala dalam dialek Tumpat Kelantan pula perkataan ini membawa makna cepat atau pantas.

BAB

Bagi bahasa Melayu Standard, perkataan ini membawa maksud memintas atau pun melalui jalan yang singkat. Sedangkan dalam dialek Tumpat Kelantan perkataan ini membawa maksud kejar.

Pdf) Gallus Gallus Domesticus Dan Paradoxurus Hermaphroditus Dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

Dalam bahasa Melayu standard, perkataan kigho/ kira membawa makna sesuatu perbuatan menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain. Manakala dalam dialek Tumpat Kelantan pula membawa makna hirau atau peduli.

Kata loghat dalam bahasa Melayu standard membawa makna variasi unik pada bahasa pengaturcaraan yang membezakannya daripada bentuk baku bahasa tersebut. Contohnya dialek atau bahasa daerah. Manakala dalam dialek Tumpat Kelantan pula, perkataan ini merujuk kepada cepat atau tergesa-gesa.

Bagi bahasa Melayu Standard, perkataan ini membawa maksud sedang atau sudah dimakan api. Manakala dalam dialek Tumpat Kelantan pula, perkataan ini merujuk kepada sejenis pokok iaitu tembakau.

Pdf) Ilmu Kolonial Dan Citra Islam Di Alam Melayu

Pragmatik menurut Kamus Dewan edisi keempat merupakan cabang linguistik yang ber­kaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa,  ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi.

Variasi

Dalam kajian dialek Tumpat Kelantan ini, pengkaji telah meneliti aspek pragmatik dengan memberi perhatian terhadap penggunaan kata ganti nama diri. Namun begitu, dalam data kajian, pengkaji mendapati hanya ada dua kata ganti nama diri iaitu kata ganti nama diri pertama dan ketiga. Contohnya seperti di bawah:

Berdasarkan contoh di atas, kata ‘oghe’ boleh merujuk kepada kata ganti nama diri yang pertama dalam dialek Tumpat Kelantan. Kata ini mempunyai banyak makna yang sama dalam dialek ini. Antaranya ambo, saya, kawe, kito dan sebagainya lagi. Manakala untuk kata ganti nama diri ketiga pula, kata ‘oghe’ ini merujuk kepada orang selain daripada dirinya sendiri atau orang kedua dalam sesuatu perbualan. Oleh itu, kata ini merujuk kepada orang ketiga yang tiada dalam perbualan tersebut. Untuk kata ganti nama diri pertama, penggunaan kata ganti nama diri pertama digunakan mengikut kesesuaian atau situasi. Sebagai contoh, kata oghe dan kito digunakan untuk bercakap dengan orang dewasa atau lebih berumur daripada penutur. Manakala kata kawe dan ambo pula digunakan apabila bercakap dengan kawan sebaya atau kawan rapat. Manakala kata saya pula digunakan untuk bercakap dengan orang yang baru kenal atau tidak rapat.

Semantik Dan Peristilahan Bm

Manakala kata oghe untuk kata ganti nama diri yang ketiga pula digunakan oleh sesiapa pun bagi menunjukkan orang lain. Contoh ayat yang menggunakan kata ini ialah:

Assalamualaikum.. Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan..semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada anda semua..sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri..sekian..

Dr_zul Syakirah Noruhayu Azrul Christine Zulyka Norazila Matthew Maziah Anati Maizatul Maulana Cykin Faisal Ong Amirah Azwani Sabariah Emida Fitri Fuziaty Naimah Nasuha Hanis Ayu Jijah Wani Pais Afaf Farhana Syahir Muaz Hafizah Aisyah Anbarasi Dayah Wahida Saidatul Fifi thamaraKajian ini adalah mengenai kajian yang mengkaji lima aspek bahasa yang meliputi bidang-bidang yang terdapat dalam linguistik iaitu bidang fonologi iaitu bidang yang mengkaji bahasa, morfologi yang merupakan bidang yang mengkaji pembentukan kata, sintaksis iaitu bidang yang mengkaji pembentukan ayat, bidang semantik yang perkaji mengenai aspek makna seterusnya bidang pragmatik yang mana melihat kesesuaian sesuatu bahasa digunakan dalam sesuatu keadaan. Oleh hal yang sedemikian, pengkaji telah memilih dialek Kelantan sebagai bahasa yang akan dikaji dan bahasa standard merupakan penanda aras dalam membuat kajian ini. Responden yang dipilih untuk menjayakan kajian ini merupakan pensyarah UM yang mana dialek Kelantan merupakan bahasa pertuturannya di rumah dan telah tinggal di kawsan kajian lebih daripada sembilan belas tahun.

Blogprojek

Shahbudin Dot Com: Persaingan Timbalan Presiden Pkr Semakin Sengit

Kajian ini akan mengkaji mengenai dialek kelantan yang dituturkan oleh penutur natif yang berasal dari negeri Kelantan dengan membincangkan beberapa aspek bahasa yang utama iaitu dari sudut fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Fonologi ialah kajian mengenai bunyi bahasa yang mana kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa, morfologi pula melihat dari aspek struktur kata, binaan kata, bentuk kata, dan golongan kata