Bagi dalam Bahasa Kelantan Penggunaan Prasarana dalam Loghat Tempatan

Berikut merupakan nota-nota kuliah yang telah dipelajari sepanjang semester kedua sesi 2013/14 bagi kursus SKBL2113 Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik. Kuliah-kuliah ini telah disampaikan oleh Dr. Zulkifli Ahmad. Dibawah merupakan ringkasan nota Kuliah:

Nota kuliah ini merupakan nota yang membincangkan cara-cara penggunaan Antconc. AntConc merupakan aplikasi yang digunakan untuk memudahkan kajian korpus. Aplikasi ini akan menunjukan kekerapan penggunaan perkataan dalam sesebuah teks, kolokasi teks dan senarai perkataan yang digunakan. Dalam nota ini, cara-cara menggunakan AntConc dengan lebih terperinci dan mudah difahami.

KamusKelantan - Bagi Dalam Bahasa Kelantan Penggunaan Prasarana Dalam Loghat Tempatan title=Kamus Loghat Kelantan style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSGQDPA79lhc6As0V40sdJhQ39g9g67a73Ui5aKRsbOfEitwT8Kowza45rNn3egvdCzshs&usqp=CAU'; />

Nota Kuliah ini membincangkan hubungan antara aplikasi komputer dalam kajian bahasa. Computer as a Language Learning (CALL) adalah perbincangan tentang kaedah untuk meningkatkan kemahiran kefahaman dalam kajian bahasa dengan menggunakan aplikasi-aplikasi Komputer. Dalam nota ini, beberapa penerangan secara terperinci berkenaan aplikasi tersebut dan ia mudah difahami.

Pdf) Medan Maklumat Dalam Kamus Ekabahasa Melayu

Nota Kuliah ini menerangkan berkenaan cara sebenar menulis permasalahan kajian dengan baik. Permasalahan kajian dalam sesuatu penyelidikan amat penting. Oleh itu, nota ini dapat memberikan kefahaman berkenaan cara-cara membina satu masalah kajian dari aspek tajuk sehinggalah sumbangan kepada masyarakat. Nota ini amat mudah difahami.

Nota Kuliah ini membincangkan secara lengkap Linguistik Korpus. Korpus merupakan satu set data teks yang digabungkan untuk tujuan tertentu. Selalunya, kajian korpus linguistik berkaitan dengan aplikasi dalam komputer. Salah satu aplikasi yang digunakan ialah AntConc. Nota ini mudah dan senang untuk difahami.

Nota Kuliah ini menerangkan pembelajaran bahasa dengan teknologi. Nota ini menunjukan serba sedikit berkenaan sejarah teknologi yang mengkaji bahasa dalam kelas. Selain itu, nota ini juga membincangkan kebaikan dan keburukan CALL digunakan. Nota ini mudah untuk difahami.

Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kssm

Bab ini membincangkan pengakhiran kajian ini. Bab ini juga akan membincangkan segala bentuk perbincangan daripada hasil kajian. Cadangan dalam kajian ini juga akan dibincangkan dalam Bab ini.

Secara umumnya, kajian ini tertumpu kepada kata kerja dialek Kelantan yang melihat kepada bentuk-bentuknya serta hubungannya dengan imbuhan. Sememangnya wujud perbezaan yang agak ketara dimana hubungan kata kerja dialek Kelantan dengan imbuhan tidak sama seperti bahasa Melayu standard.

Kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan beberapa sumbangan yang boleh dijadikan rujukan masa hadapan. Antara sumbangan tersebut adalah kepada pengkaji masa hadapan yang ingin mengkaji pembentukan kata kerja. Selain itu, sumbangan juga dapat diberikan kepada pencinta dialek Kelantan yang ingin mengkaji dengan lebih terperinci berkenaan data linguistik bahasa ini, khususnya dialek Kelantan. Dalam hal yang demikian, pengkaji tersebut boleh menganggap kajian ini sebagai sumber rujukan sekali gus memudahkan kajian masa hadapan.

Bmm3111 By Bm1ipip

Seterusnya, sumbangan kajian ini adalah sebagai sumber ilmu dan sumber tambahan kepada masyarakat Malaysia secara amnya dan penutur dialek Kelantan secara khususnya. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan bacaan bagi sesiapa sahaja yang ingin mengenali dengan lebih jelas lagi dialek Kelantan ini dalam sudut pembentukan ayatnya.

Kesimpulannya, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti bentuk kata kerja dialek Kelantan.Dalam hal ini, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dialek Melayu Bachok, Kelantan mempunyai keunikan tersendiri. Sehubungan itu, diharapkan kajian ini akan menjadi rujukan ataupun medium untuk para pengkaji dialek yang akan datang.

Temubual yang dijalankan kepada seorang responden penutur natif dialek Kelantan telah memberikan data yang diinginkan. Responden berasal daripada daerah Bachok, Kelantan. Kedua ibubapanya merupakan anak jati Kelantan dan beliau telah membesar dalam persekitaran yang jauh dari unsur bahasa Melayu standard. Fakta ini menjelaskan penguasaan dialek Kelantan oleh responden sangat baik dan mampu memberi data yang sahih.

Warta Edisi #31 By Warta

Melalui data di atas, terdapat kelainan diantara bentuk kata kerja dialek Kelantan dan kata kerja bahasa Melayu standard. Antaranya ialah tiada imbuhan yang digunakan dalam dialek Kelantan walaupun pasangannya dalam bahasa Melayu standard menggunakan imbuhan.

Sebagai contoh [ssakok], [ssepak], dan [sselok]. Masing-masing dituturkan dengan memberi tekanan kepada fonem [s] di permulaan kata. Menariknya, tekanan ini memberi makna bahawa perbuatan tersebut adalah tidak disengajakan dan secara tidak langsung memberi imbuhan [ter-…] kepada sesuatu perkataan. Maka, maksud bagi perkataan tersebut ialah tersekat, tersepak, dan terselak.

My

Selain itu, contoh [ttumuh] turut menggunakan konsep yang sama iaitu memberi tekanan kepada fonem [t]. Hasilnya turut sama di mana ianya memberi makna ketidaksengajaan dan memberi imbuhan awalan [ter-…].

Jika Anda Faham Loghat Kelate , Maka Patut Baca Surat Ini !

Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa konsep penekanan terhadap fonem pertama sesuatu kata kerja memberi makna yang tertentu iaitu perbuatan tersebut tidak disengajakan.

Kajian telah dibuat menerusi temubual dan soal selidik terhadap seorang responden. Responden merupakan mahasiswa tahun dua di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengikuti pengajian di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Beliau merupakan anak jati kelahiran Bachok. Kedua ibubapanya juga anak kelahiran Bachok, Kelantan. Responden ini membekalkan maklumat yang sahih kerana faktor latar belakangnya yang sememangnya mempunyai dialek Kelantan yang amat pekat. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di sekolah di daerah Bachok. Hanya selepas itu, beliau keluar dari zon selesa dan menyambung pengajian di tempat yang agak asing baginya, iaitu UKM. Disebabkan terbiasa dengan dialek Kelantan, responden ini agak sukar untuk bertutur dalam bahasa Melayu standard, lebih-lebih lagi dalam situasi formal dan di dalam kelas.

Dalam sesuatu kajian, metodologi kajian merupakan aspek terpenting yang perlu dibincangkan. Hal ini kerana, tanpa kaedah-kaedah yang bersesuaian boleh menyebabkan kajian yang dijalankan tidak mencapai objektif sesuatu kajian. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, pemilihan sampel, dan kaedah penganalisisan data.

Perbezaan Antara Dialek Kelantan Dan Dialek Terengganu By Nis A On Prezi Next

Dalam melaksanakan kajian perbezaan dialek Kelantan dengan bahasa Melayu Standard terdapat beberapa proses semasa menjalankan prosedur ini yang merangkumi aspek pembentukan kata kerja. Berikut merupakan prosedur semasa kajian dilakukan:

1) Sebelum menemu bual responden, pengkaji terlebih dahulu merangka soalan supaya segala maklumat yang diperlukan dapat diperolehi semasa proses rakaman sedang berlangsung.

Mari

Kesimpulannya, metod yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kesesuaian dengan perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah-kaedah yang bersesuaian supaya hasil yang sahih diperolehi. Selain itu, responden dan tempat kajian yang dipilih memudahkan pengkaji dalam membuat kajian dan selaras dengan objektif kajian. Kaedah-kaedah kajian dan responden yang terlibat adalah penting kerana kedua-duanya merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah penyelidikan.

Kelantanese: Bahasa Orang Kelantan

Kajian tentang dialek-dialek Melayu mula dilaksanakan sejak sebelum perang dunia ke-2 lagi. Kajian-kajian awal ini telah diusahakan oleh pengkaji-pegkaji barat yang terdiri daripada C.C. Brown, Kerron, Barwick, A.J. Sturrock, , K Wulf, Hamilton, Shellbear dan beberapa orang lagi. Sebagai contoh C.C.Brown menerbitkan “Kelantan Malay” pada tahun 1927 (Abdul Hamid Mahmood, 1977: 34).

Zahrani Ahmad (1993) menyentuh Teori Fonologi Generatif dalam kajian beliau yang melihat kepada dialek Kelantan ,dialek Kedah, dialek Melayu Perak dan lain-lain. Dalam kajian ini, kajian fonologi menjadi teras kepada penghuraian dan analisis data. Dalam kajian tersebut, beliau telah menjelaskan mengenai rumus-rumus yang terdapat dalam pelbagai dialek berdasarkan Teori Fonologi Generatif.

Selain itu, Hashim Musa (1975) juga telah membuat kajian tentang “ Morfologi Dialek Kelantan” dalam penulisannya “ Morfomik Dialek Kelantan” dengan menggunakan kaedah lapangan. Dalam kajian ini, beliau telah melihat proses morfomik yang berlaku dalam dialek Kelantan. Hasil kajiannya mendapati proses morfofonemik seperti penghilangan fonem banyak berlaku dalam dialek Kelantan. Contohnya dalam kata /kÓ™dε/ , diftong /ai/ dihilangkan dan digantikan dengan fonem vocal /ε / menjadi / kÓ™dε /. Di samping itu, beliau juga memberi huraian tentang alamof bebas, alomof terikat dan proses morfofonemik yang tedapat dalam dialek Kelantan.

Istilah Perubatan Dalam Loghat Kelantan

Satu kajian tentang morfologi dialek Terengganu pernah diusahakan oleh Abdul Hamid Mahmood (1990:217). Beliau telah membuat kajian tersebut dengan membandingkan morfologi dialek Terengganu dengan bahasa Melayu baku. Menurut beliau, struktur morfem terikat dalam dialek Kelantan berbeza daripada struktur bahasa Melayu baku.

Bukan itu sahaja, Abdul Hamid Mahmood (1981), membuat tumpuan terhadap dialek Kelantan. dalam kajian itu beliau menyatakan dialek Kelantan dituturkan oleh penduduk-penduduk yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Pahang, Kelantan-Terengganu, dan beberapa daerah wilayah Thailand Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala, dan Patani (1977:9). Dalam membandingkan dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku, beliau menyatakan terdapat beberapa kelainan yang ketara, antaranya: fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikal.

BAB

Kursus ini merupakan pengenalan kepada penggunaan atau aplikasi komputer dalam Linguistik dan kajian bahasa. Fokus dan kandungan kursus memperihalkan bagaimana komputer dapat digunakan dalam kajian linguistik dan juga kajian kemanusiaan berdasarkan teks. Pelbagai perisian untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kerja dan analisa, serta melakukan analisa data bahasa yang banyak (yang mungkin sukar atau lambat) dilaksanakan tanpa penggunaan komputer akan dibincangkan. Pelajar didedahkan cara komputer digunakan untuk analisis pertuturan.

Belajar Loghat Kelantan (loghat Kelate)

Kertas kerja ini akan membincangkan pembentukan kata kerja dialek Kelantan, khusus di daerah Bachok. Kajian ini akan menekankan pembentukan atau pengguguran imbuhan pada kata kerja yang digunakan oleh penutur natif dialek ini. Data diperolehi melalui penutur natif yang berasal dari daerah Bachok. Hasil kajian ini membincangkan dari satu aspek bahasa yang utama iaitu morfologi. Data yang diperolehi dikaji dan dianalisis menggunakan pengaplikasian komputer seperti perisian “antconc” untuk menganalisis jumlah data linguistik, perisian “soundcloud” untuk simpanan audio, perisian “survey monkey” untuk membuat kaji selidik latar belakang responden/sampel kajian. Seterusnya hasil dapatan kajian yang diperolehi akan dipaparkan dalam blog “wordpress”.

Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan kepada lima kawasan utama iaitu kelompok barat daya yang terdiri daripada kelompok Kedah, Perlis, Pulau Pinang yang meliputi Perak Utara, sementara kelompok Timur Laut diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya kelompok Timur yang meliputi Terenggganu, selanjutnya kelompok Selatan yang meliputi dialek yang dituturkan di Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Perak Selatan dan akhirnya kelompok yang mewakili dialek Negeri Sembilan. ( Asmah Hj Omar, 1991 :31).

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kelainan dalam kelompok Timur Laut iaitu dialek Kelantan, khususnya di Bachok. Responden adalah berasal daripada penduduk tetap yang tinggal di kawasan Bachok. Kajian ini penting kerana pengkaji ingin melihat kelainan

Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2